FacebookInstagramTwitterContact

 

Maradona's Stolen World Cup Golden Ball Trophy To Be Auctioned           >>           MbappĂ© 'Confident' PSG Can Reach Champions League Final           >>           Slovakia Hit By Wave Of Bomb Threats           >>           Joe Biden Warns Of 'Ferocious Surge' Of Antisemitism In US           >>           John Steenhuisen: The Man Vowing To 'Rescue' South Africa With The DA           >>           Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


2 Lelaki Tempatan Dihukum Penjara


 


 October 28th, 2021  |  09:37 AM  |   503 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dua lelaki yang memiliki barangan seludup dan sanggup terjun sungai untuk melarikan diri ke Limbang daripada pihak berkuasa yang berlaku pada awal bulan ini, telah dijatuhkan hukuman penjara, sebat dan denda oleh Mahkamah Majistret, di sini.

 

Tertuduh Mohamad Kassim bin Haji Mudin, 47, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan dan dua kali sebatan serta diarahkan membayar denda BND84,000 atau jika gagal akan berdepan hukuman penjara tambahan selama 29 bulan.

 

Manakala itu, tertuduh Adinin bin Puasa, 43, dijatuhkan hukuman penjara empat bulan serta denda BND8,000 atau jika gagal akan berdepan hukuman penjara tambahan selama lapan bulan.

 

Kedua-duanya mengaku bersalah terhadap lapan dakwaan di hadapan Majistret Kanan Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Mohd Yusof bagi pelbagai kesalahan yang dilakukan semasa insiden berkenaan.

 

Dalam menjatuhkan hukuman, Majistret Kanan berkata bahawa kedua-dua tertuduh tidak mempedulikan pihak berkuasa, undang-undang dan nyawa manusia.

 

Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalillah binti Hussin berkata kepada mahkamah bahawa kejadian yang berlaku pada jam 1.08 petang, 5 Oktober lalu bermula apabila anggota Balai Polis Bangar cuba menghentikan sebuah kereta yang dipandu oleh Mohamad Kassim manakala Adinin sebagai penumpang.

 

Tertuduh Mohamad Kassim enggan menghentikan kereta dan terus memandu menuju Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dan ke Jalan Muara.

 

Tertuduh kemudian berpusing dan menghala kembali ke Temburong, sementara dikejar oleh kenderaan polis dan tiga lagi anggota Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas yang menunggang motosikal.

 

Semasa aksi kejar-mengejar itu, anggota polis terlihat tertuduh Adinin membuang sesuatu keluar dari tingkap kereta di sekitar Jalan Kampung Sungai Matan. Setelah ditemui pihak polis, barangan berkenaan adalah rokok.

 

Sekatan jalan telah dijalankan berdekatan penghujung jambatan hala ke Temburong di mana pagar tanjakan besi telah dipasang untuk menghentikan kenderaan-kenderaan yang datang.

 

Tertuduh Mohamad Kassim yang menghampiri penghujung jambatan berkenaan, memandu di bahu jambatan, memintas kereta-kereta yang berhenti di belakang pagar besi berkenaan dan merempuhnya kemudian terus memandu menuju Pekan Bangar.

 

Sekatan jalan diadakan lagi di depan Jalan Labu untuk menahan mereka, bagaimanapun, kereta tertuduh melanggar kon trafik polis.

 

Tertuduh Mohamad Kassim kemudian menghentikan kereta di Kampung Meniup, Jalan Temada di mana mereka keluar dari kereta, terjun ke Sungai Pandaruan berdekatan dan berenang ke Limbang.

 

Kedua-dua tertuduh ditahan di negara ini pada 9 Oktober dan dihantar ke Perkampungan Sukan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari dari 10 hingga 24 Oktober. Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) turut menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

 

Semasa siasatan tersebut, kedua-dua tertuduh berkata mereka berenang menyeberangi Sungai Pandaruan, menunggu di tebing sungai di Limbang untuk diambil oleh rakan Adinin dan bermalam di rumah rakan Mohamad Kassim di Limbang di mana kedua-dua mereka menanti untuk kembali ke negara ini keesokan harinya.

 

Dalam kenyataan mereka kepada JIPK, kedua-duanya mengaku mereka tidak membawa pasport mereka dan telah pergi ke Limbang pada hari itu, tanpa melalui Pos Kawalan dan Kompleks Pemeriksaan Ujung Jalan.

 

Tertuduh Adinin seterusnya mengaku dia telah membuang 98 paket rokok, yang mereka peroleh daripada seorang rakan di Batu Apoi sebelum itu, menerusi tingkap kereta atas arahan tertuduh Mohamad Kassim apabila mereka dikejar oleh polis, kerana Mohamad Kassim tidak mahu ditangkap bersama rokok-rokok berkenaan.

 

Pihak polis telah menemui rokok-rokok berkenaan dan menyerahkannya kepada JKED. Sementara itu, Autoriti Jambatan Brunei, Jabatan Kerja Raya menyatakan bahawa jumlah kos kerosakan terhadap pagar tanjakan besi yang dilanggar adalah BND800.

 

Mohamad Kassim juga mengaku bahawa semasa dikejar, dia terlihat terdapat kereta-kereta yang berhenti menanti di depan pagar berkenaan namun dia tidak berhenti kerana ingin memastikan sama ada pagar itu dibuka atau tidak. Tindakannya memandu secara berbahaya itu membahayakan nyawa orang lain.

 

Semasa siasatan JKED, tertuduh Mohamad Kassim juga didapati terlibat dengan dua kesalahan kastam lain.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

Nintendo Switch 2: Official Announcement Promised Within Next Year

 2024-05-08 07:15:56