FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Tidak Bersalah, Bebas Daripada Pertuduhan Cabul


 


 October 29th, 2021  |  10:31 AM  |   503 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki, 45 tahun, yang berkhidmat sebagai guru agama, di salah sebuah Sekolah Rendah, di Daerah Belait, dibebaskan oleh Mahkamah Perantaraan daripada pertuduhan mencabul kehormatan seorang budak perempuan, berusia 12 tahun, yang merupakan salah seorang muridnya, kelmarin.

 

Kejadian tersebut berlaku, di sebuah bilik darjah, sekolah berkenaan, di antara Mei dan Jun 2019, di mana guru tersebut didakwa cuba mencabul kehormatan pelajarnya dengan melakukan perbuatan tidak senonoh.

 

Guru berkenaan menafikan pertuduhan tersebut dan menjalani perbicaraan dengan diwakili seorang peguam.

 

Pihak pendakwaan memanggil enam saksi bagi menyokong kes tersebut, bagaimanapun tiada saksi yang melihat perbuatan tersebut.

 

Hakim telah menimbang bukti, berdasarkan keterangan budak perempuan tersebut, dan percaya perbuatan berlaku daripada keterangannya meskipun timbulnya fakta yang tidak konsisten.

 

Menurut kenyataan polis daripada guru itu, yang dikemukakan di mahkamah, dia mengaku melakukan perbuatan ke atas budak perempuan itu, selepas ibu tiri budak perempuan, yang juga bekerja di sekolah yang sama, berjumpa dengan guru berkenaan selepas mendapat tahu mengenai kejadian tersebut.

 

Bukti yang dikemukakan, di mahkamah oleh ibu tiri budak tersebut menyatakan, bahawa anak perempuannya itu sering bertemu dengan guru itu, dalam bilik darjah, di tingkat 3.

 

Ibu tirinya, yang tidak senang hati, memaklumkan perkara itu kepada Pengetua sekolah menerusi pesanan teks.

 

Pada pagi 20 Jun, ibu tiri itu, ke tingkat 3, sekolah itu dan berjumpa dengan Pengetua, di luar bilik darjah, namun mendapati bilik itu dikunci dan tingkapnya ditutup dengan kertas.

 

Mereka menunggu dan akhirnya berjumpa dengan guru berkenaan juga budak perempuan itu, membawa pada lebih banyak konfrontasi dan akhirnya, laporan polis difailkan oleh budak perempuan itu atas desakan ibu tirinya.

 

Antara keterangan yang diberikan budak perempuan itu ialah dia mengunci bilik darjah atas arahan guru itu.

 

Berdasarkan kesemua bukti yang dikemukakan, mahkamah mendapati guru agama itu ada melakukan perbuatan berkenaan terhadap budak perempuan itu, tetapi mendapati mangsa tidak nampak seperti seorang mangsa, yang tertakluk pada kegunaan kekerasan dalam dakwaan kes mencabul kehormatan.

 

Mahkamah menekankan, bahawa meskipun mahkamah mendapati (guru) itu melakukan perbuatan yang didakwa, berdasarkan penilaian keseluruhan kes, mahkamah mendapati kekurangan sokongan keterangan untuk membuktikan (guru) itu menggunakan kekerasan jenayah dalam perbuatan yang didakwa ke atas (budak perempuan) itu.

 

Sebagai kesimpulan, mahkamah mengatakan, timbulnya keraguan mengenai kesalahan guru dan dengan itu, mahkamah berasa tidak puas hati dengan kes melampaui keraguan tidak munasabah apabila mendapati defendan tidak bersalah juga membebaskannya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30