Home > In The Court
Gagal Bayar Denda : 2 Individu Dipenjara
November 4th, 2021 | 10:51 AM | 657 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Disebabkan gagal membayar denda, dua lelaki, warganegara Bangladesh, masing-masing dijatuhkan hukuman 34 bulan penjara, di Mahkamah Majistret, hari ini.
Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Kanan Pengiran Hazirah binti Pengiran Mohd. Yusof setelah Samim Hosan dan Salah Uddin Bhuyian, masing-masing gagal membayar denda sebanyak BND338,400.00.
Samim Hosan dan Salah Uddin Bhuyian masing-masing mengaku bersalah di atas dua pertuduhan, di bawah Perintah Eksaias, 2006.
Samim Hosan, berumur 31 tahun, didakwa atas dua kesalahan, iaitu membantu dalam penyimpanan barang tegahan rokok, di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksaias, 2006; dan membantu dalam penyimpanan barang tegahan minuman keras, di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksaias, 2006.
Sementara itu, Salah Uddin Bhuyian, berumur 28 tahun pula, didakwa atas dua kesalahan, iaitu memiliki barang tegahan rokok, di bawah Seksyen 146 (1) (b) Perintah Eksaias, 2006; dan memiliki barang tegahan minuman keras juga, di bawah Seksyen 146 (1) (b) Perintah Eksaias, 2006.
Kedua-dua defendan ditangkap oleh Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Bandar Seri Begawan semasa membuat pemeriksaan, di kawasan rumah Kampung Lambak Kiri, pada 13 Oktober 2021.
Kesemua barang terlibat, iaitu 423 karton rokok dan 13 botol minuman keras dihukum rampas.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]