FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Empat Pegawai TUDB Dianugerahkan Lencana Juruterbang


PEMERINTAH Tentara Udara Diraja Brunei, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Awang Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah dalam sesi bergambar ramai bersama pegawai-pegawai yang diraikan.|FOTO: PELITA BRUNEI (Haji Ariffin Mohd. Noor)

 


 September 3rd, 2016  |  11:06 AM  |   2657 views

RIMBA

 

umaat, 2 September. - Seramai empat Pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang telah menamatkan latihan mereka telah dianugerahkan dengan Lencana Juruterbang di Markas TUDB, di sini pagi tadi.

 

Hadir menyempurnakan penyampaian Lencana Juruterbang tersebut ialah Pemerintah TUDB, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Awang Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah dengan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan dan pegawai TUDB dan ahli keluarga penerima lencana.

 

020916 ARIFFIN1 TUDB

PEMERINTAH Tentara Udara Diraja Brunei, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Awang Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah menyempurnakan pemasangan Lencana Juruterbang kepada pegawai yang menerima.

 

Penerima-penerima Lencana Juruterbang adalah terdiri dari 1023 Leftenan (U) Mohd Nazmi bin Nasrudin dan 1026 Leftenan (U) Mohd Aliff bin Haji Zulkifli, yang mana kedua-duanya telah menamatkan Kursus Elementary Flying Training (EFT) dan Single Engine Rotary Wing di Royal Air Force (RAF) Cranwell dan RAF Shawbury di United Kingdom (UK).

 

Juga menerima Lencana Juruterbang adalah 1091 Leftenan (U) Abdul Haqim bin Haji Yahya dan 1097 Leftenan (U) Muhd Harith bin Haji Edin, yang mana kedua-duanya telah menamatkan Kursus Initial Entry Rotary Wing dan UH60A/L Blackhawk Track di Fort Rucker, Alabama, Amerika Syarikat.

 

020916 ARIFFIN8 TUDB

PEMERINTAH Tentera Udara Diraja Brunei  bergambar ramai bersama pegawai-pegawai yang diraikan.

 

Majlis terdahulunya dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang kemudian diikuti dengan penyampaian Lencana Juruterbang yang disempurnakan oleh Pemerintah TUDB dan kemudian diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan setelah itu disusuli dengan sesi bergambar ramai.

 

Para penerima lencana ini akan meneruskan kerjaya penerbangan operasi mereka di No. 1 Wing, sebagaimana menerusi temu bual bersama Pelita Brunei, 1097 Leftenan (U) Muhd Harith bin Haji Edin, yang telah menamatkan Kursus Initial Entry Rotary Wing dan UH60A/L Blackhawk Track di Fort Rucker, Alabama, Amerika Syarikat menjelaskan, kursus yang berjalan selama 10 bulan bermula dari Oktober tahun lepas adalah merupakan salah satu usaha alternatif TUDB untuk memberikan latihan intensif kepada pegawai-pegawai yang berkenaan selain turut menjalankan latihan yang sedia ada di Brunei Darussalam.

 

020916 ARIFFIN2 TUDB

1097 Leftenan (U) Muhd Harith bin Haji Edin yang telah berjaya mengikuti Kursus Initial Entry Rotary Wing dan UH60A/L Blackhawk Track di Fort Rucker, Alabama, Amerika Syarikat.

 

Beliau juga dalam masa yang sama berasa amat berbangga kerana buat julung kalinya TUDB menghantar pegawai-pegawai kanan untuk mengikuti kursus di Alabama Amerika Syarikat dan mereka adalah merupakan kumpulan pertama yang dihantar untuk mengikuti kursus berkenaan.

 

Sepanjang mengikuti kursus tersebut pelbagai hasil dapatan yang diperolehi yang boleh diimplementasikan di negara ini selain turut mengalami pelbagai pengalaman menarik yang mana antaranya beliau dan rakannya berjaya lulus dalam semua ujian yang diadakan, selain turut mempelajari pelbagai pengetahuan mengenai 'basic aircraft' dan helikopter yang melayakkan mereka untuk memperolehi Lencana Juruterbang asas, dan setelah itu mereka mengikuti Kursus Advanced Aircraft yang melibatkan penerbangan Blackhawk sendiri selama empat bulan lebih, ujarnya.

 

020916 ARIFFIN3 TUDB

1023 Leftenan (U) Mohd Nazmi bin Nasrudin yang telah berjaya mengikuti Kursus Elementary Flying Training dan Single Engine Rotary Wing di RAF Cranwell dan RAF Shawbury, United Kingdom.

 

Manakala, menurut 1023 Leftenan (U) Mohd Nazmi bin Nasrudin yang mengikuti Kursus EFT dan Single Engine Rotary Wing di RAF Cranwell dan RAF Shawbury di UK menjelaskan, sebelum mengikuti kursus berkenaan beliau terlebih dahulu perlu mengikuti pengajian di Officer Cadet School (OCS) di Negara Brunei Darussalam selama satu tahun, dan setelah tamat beliau melanjutkan kursus pengajiannya di UK.

 

Semasa di UK terangnya lagi, beliau dan rakannya berpeluang untuk mengikuti dua kursus berasingan yang masing-masing diadakan selama sembilan bulan berturut-turut iaitu Kursus EFT yang diadakan di RAF Cranwell dan Single Engine Rotary Wing yang diikuti di RAF Shawbury, UK yang menjadikan tempoh kursus mereka selama 18 bulan.

 

Sepanjang kursus tersebut, pelbagai hasil dapatan dan pengalaman yang menarik juga turut diperolehi oleh beliau dan rakan untuk diimplementasikan dan diterapkan pengetahuannya di tempat sendiri, di mana beliau dan rakannya kini ditempatkan bertugas di Bahagian Operasi Wing No. 1 bagi menjalani beberapa latihan spesifik yang lain untuk penerbangan Blackhawk.

 

Berpeluang untuk mengikuti kursus sedemikian juga jelas beliau lagi, beliau dan rakannya berpeluang untuk menerbangkan sejenis kapal terbang yang disebut sebagai Tutor (fix-wing atau sayap kaku) semasa mengikuti Kursus EFT dan semasa mengikuti Kursus Single Engine Rotary Wing, beliau berpeluang untuk menerbangkan sejenis helikopter yang disebut sebagai Eurocopter yang mana melalui latihan asas penerbangan Eurocopter ini boleh menyalurkan mereka untuk membuat beberapa penerbangan yang lain menerusi pelbagai jenis 'aircraft' termasuk Blackhawk.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17