FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Seorang Penduduk Tetap Didakwa Atas Tuduhan Rasuah


 


 November 5th, 2021  |  10:59 AM  |   768 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang penduduk tetap Negara Brunei Darussalam, kelmarin didakwa di Mahkamah Majistret di ibu negara di bawah kesalahan Akta Pencegahan Rasuah, Penggal 131.

 

Ng Swee Ming, berumur 37 tahun, bekas pekerja HSE di Brunei Shell Petroleum, didakwa di bawah Bab 6(a) Akta Pencegahan Rasuah kerana percubaan untuk mendapatkan suapan.

 

Siasatan yang dijalankan oleh Biro Mencegah Rasuah (BMR) mendapati pada sekitar November 2017, Ng Swee Ming telah cuba untuk mendapatkan suapan sebanyak BND8,000 daripada Pengarah Urusan Techline Solutions Sdn. Bhd. sebagai dorongan untuk menghasilkan penilaian ‘Green Banding’ bagi syarikat tersebut.

 

Selaras dengan SOP BMR dan dengan mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan, defendan sebelumnya dibawa untuk menjalani Uji Swab PCR.

 

Setelah keputusan Uji Swab negatif, defendan dihadapkan ke Mahkamah Majistret secara dalam talian di premis BMR seperti yang dibenarkan di bawah Bab 7A Akta Mahkamah Rendah.

 

Kelmarin, pihak pendakwaan membuat permohonan bagi pertuduhan dibacakan dan pengakuan diambil. Ng Swee Ming, yang tidak diwakili mana-mana peguam, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut tetapi mahkamah menolak pengakuan defendan apabila defendan mempertikaikan ringkasan fakta kejadian yang dibacakan kepadanya.

 

Mahkamah Majistret Kanan menetapkan 17 November 2021, jam 9.30 pagi untuk tarikh bicara ditetapkan dan defendan dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah.

 

Pendakwaan kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali dan diperdengarkan di hadapan Majistret Kanan, Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman.

 

Defendan didakwa di bawah Bab 6(a) Akta Pencegahan Rasuah disebabkan kes ini melibatkan kontrak dengan badan awam, maka Pendakwa Raya merujuk kepada hukuman yang lebih tinggi di bawah Bab 7 yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda BND30,000.

 

Sehubungan dengan itu, BMR mengingatkan orang ramai bahawa menerima atau menawarkan rasuah kepada mana-mana orang adalah satu kesalahan yang serius.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48