Home > In The Court
Padah Miliki Rokok Seludup
November 11th, 2021 | 10:25 AM | 573 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki tempatan mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Mohd. Yusof akibat memiliki rokok seludup dan bakal berdepan hukuman penjara selama 17 bulan jika gagal membayar denda berjumlah BND80,000.
Majistret Kanan mendengar hujah daripada Pendakwa Kastam bahawa Abdul Hafiz Azri bin Abdullah Muhammad Bunamin (tertuduh), berumur 22 tahun, ditahan oleh pihak polis dalam satu pemeriksaan di Jalan Labu, Temburong berhadapan Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien pada jam 9.06 malam, 12 September lalu.
Setelah digeledah, para petugas menemui dua bungkusan yang mengandungi 100 karton rokok di dalam kereta tertuduh yang tidak diisytiharkan. Tertuduh seterusnya ditahan dan diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja bagi siasatan lanjut.
Dalam prosiding yang berlangsung secara maya tersebut, mahkamah turut memerintahkan agar kesemua rokok yang dirampas untuk dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]