Home > Bahasa Melayu
Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap
KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha semasa berkenan bergambar kenangan bersama Isteri Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Republik Kesatuan Myanmar, Puan Kyu Kyu Hia.|FOTO : PELITA BRUNEI ( Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali )
September 4th, 2016 | 11:31 AM | 3612 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sabtu, 3 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap Isteri Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Republik Kesatuan Myanmar, Puan Kyu Kyu Hia.
Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Kesatuan Myanmar ke Negara Brunei Darussalam, Puan Nang Yin May Win dan Isteri Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pengiran Datin Nuur'Izzah Nabilah binti Pengiran Haji Ahmad Mahdi Al-Sufri.
Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Nooratini Haji Abas
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]