FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


MPK Sengkurong 'B', Perkumpulan Wanita Anjur Majlis Penghargaan


PENGHULU Mukim Sengkurong 'B', Awang Haji Musa bin Haji Tahir (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Penasihat Majlis Perundingan Kampung Sengkurong 'B', Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Haji Awang Yusoff bin Haji Ismail dalam Majlis Penghargaan yang diadakan di Dewan Kemasyrakatan Mukim Sengkurong. | FOTO: PELITA BRUNEI (Haji Ariffin Mohd. Noor)

 


 April 7th, 2016  |  09:16 AM  |   2544 views

SENGKURONG

 

Selasa, 5 April. - Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkurong 'B' dan Perkumpulan Wanita MPK Sengkurong 'B' mengadakan Majlis Penghargaan bagi Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Haji Awang Yusoff bin Haji Awang Ismail dan isteri, Datin Dayang Hajah Samsiah binti Haji Abdul Rahman atas sumbangan mereka sepanjang menjadi Penasihat Majlis berkenaan.

 

Dalam ucapan alu-aluannya pada majlis yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong, itu, Penghulu Mukim Sengkurong merangkap Pengerusi Majlis, Awang Haji Musa bin Haji Tahir mewakili seluruh ahli-ahli MPK Sengkurong 'B' dan Perkumpulan Wanita MPK Sengkurong 'B' mengucapkan penghargaan dan tahniah di atas pengurniaan Surat Watikah Pelantikan TYT menjadi Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi pada 23 Mac 2016 yang lalu.

050416 ARIF1 PENGHARGAAN

 PENGHULU Mukim Sengkurong merangkap Pengerusi Majlis, Awang Haji Musa bin Haji Tahir semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya.

 

Menurutnya, TYT telah banyak membantu MPK Sengkurong 'B' sewaktu menjadi Penasihat MPK berkenaan semenjak tahun 2006, dalam mengungkayahkan pelbagai aktiviti yang dibuat atau dirancang oleh MPK tersebut ke arah menjana kepada kesejahteraan penduduk kampung.

 

Di samping itu, jelas beliau, TYT juga membantu mengungkayahkan aktiviti-aktiviti yang dibuat secara berkala termasuk mengadakan Doa Arwah Sekampung, Majlis Berbuka Puasa Bersama-sama Anak Yatim, Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri Semukim, aktiviti-aktiviti keagamaan serta menyumbangkan hadiah-hadiah Peraduan Membaca Ayat-ayat Suci Al-Quran dan banyak lagi.

 

050416 ARIF3 PENGHARGAAN

PENASIHAT Perkumpulan Wanita MPK Sengkurong 'B', Datin Dayang Hajah Samsiah binti Haji Abdul Rahman (dua dari kanan) semasa menerima cenderahati dalam majlis tersebut.

 

Beliau menambah, isteri TYT yang dilantik menjadi Penasihat Perkumpulan Wanita MPK Sengkurong 'B' sejak penubuhannya pada 11 Disember 2009, juga sentiasa memberikan sumbangan buah fikiran, nasihat dan juga sumbangan kewangan bagi menjayakan apa jua majlis yang dianjurkan Perkumpulan Wanita berkenaan.

 

Menurutnya, setelah tertubuhnya Perkumpulan Wanita ini, pelbagai aktiviti telah dibuat dan dirancang untuk kesejahteraan ahli-ahli dan penduduk kampung bahagian wanita termasuk mengadakan kelas-kelas Al-Quran untuk wanita, mengadakan Majlis Khatam Al-Quran pada bulan Ramadan dan Majlis Dikir Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

"Pada kesimpulannya sumbangan TYT Dato Penasihat dan Yang Mulia Datin amat menyerlah dalam membantu MPK Sengkurong 'B'," ujar Awang Haji Musa.

 

050416 ARIF7 PENGHARGAAN

TUAN Yang Terutama Dato Seri Setia Haji Awang Yusoff bin Haji Awang Ismail dan isteri, Datin Dayang Hajah Samsiah binti Haji Abdul Rahman masing-masing mengabadikan gambar kenangan beramai-ramai bersama ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkurong 'B' dan Perkumpulan Wanita MPK Sengkurong 'B' dalam Majlis Penghargaan (atas dan bawah).

050416 ARIF8 PENGHARGAAN

Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada TYT dan isteri.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada TYT Dato Seri Setia Haji Awang Yusoff bin Haji Awang Ismail menjadi Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi pada 23 Mac yang lalu, di Istana Nurul Iman.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16