FacebookInstagramTwitterContact

 

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing           >>           Mexican Marigold Essential Oil Holds Potential As Powerful Natural Herbicide           >>           Medicinal Benefits Of Cinnamon           >>           Crocodile’s Head Pops Up In Puddle Outside Buckinghamshire Village           >>           You Wouldn’t Believe Some Of The Things Water Companies Find In UK’s Sewers           >>           'Buzzing' Rocket Valve Pushes 1st Astronaut Launch Of Boeing's Starliner Capsule To May 10           >>           Apple Pencil Pro adds squeeze, roll and haptic feedback to its bag of tricks           >>           Substack is trying to lure TikTok stars to its platform           >>           The UK's Ministry of Defence was hacked, and the country is reportedly blaming China           >>           United States Youth Keyrol Figueroa Signs Deal At Liverpool           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


2 Lelaki Dihukum Penjara, Sebat Akibat Mencuri


 


 December 24th, 2021  |  12:17 PM  |   829 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara dan sebat ke atas dua orang lelaki tempatan kerana mencuri dan melakukan khianat.

 

Muhd. Dahlan bin Abdullah, 35 tahun, dijatuhkan hukuman penjara selama 20 bulan serta dua kali sebatan, sementara Mohammad Khirul Rizam bin Mohd. Shahmin, 37 tahun, menerima hukuman 12 bulan penjara serta dua kali sebatan.

 

Majistret Kanan, Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman mengarahkan hukuman ke atas kedua-dua tertuduh bermula dari tarikh direman.

 

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Firdaus bin Haji Mohammad mendedahkan di mahkamah bahawa kedua-duanya pergi ke sebuah lorong di Jalan Jame’ ‘Asr, Kampung Kiulap pada 23 Mei lalu.

 

Kedua-dua defendan juga menggunakan sebuah troli untuk membawa 11 keping kabel.

 

Semasa ditemui oleh petugas keselamatan yang sedang menjalankan rondaan, kedua-keduanya menyatakan bahawa barang yang dibawa adalah sampah, namun petugas tersebut berkeras untuk memeriksa troli yang ditutup dengan kanvas dan menemukan kabel yang dicuri.

 

Menerusi siasatan, 11 keping kabel tersebut adalah milik Unified National Networks Sdn. Bhd. (UNN).

 

Semasa siasatan pihak polis, UNN menyediakan dokumen Pengisytiharan Barangan Dicuri dan Perkhidmatan Terjejas yang menerangkan kabel yang dicuri tersebut sebagai Cable Filled 2,000 ‘pair’.

 

Dokumen itu juga menyatakan panjang kabel yang rosak dan dicuri oleh defendan berjumlah 14.38 meter. Selepas mengira nilai tersebut, UNN menyatakan jumlah kerosakan pada kabel yang dicuri itu ialah BND537.09.

 

Dokumen yang sama juga menyatakan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua defendan menjejaskan barangan dan perkhidmatan. Gergaji tangan yang didakwa digunakan dalam melakukan jenayah itu tidak ditemui.

 

Dalam rekod, Muhd. Dahlan mempunyai sabitan terdahulu berhubung kesalahan berkaitan kecurian pada tahun 2005, 2014, 2015 dan 2017.

 

Dalam rekod, Mohammad Khirul Rizam tidak mempunyai sabitan terdahulu.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing

 2024-05-08 09:13:10

Nintendo Switch 2: Official Announcement Promised Within Next Year

 2024-05-08 07:15:56