Home > In The Court
Gagal Bayar Denda BND10,000, Dipenjara 10 Bulan
December 25th, 2021 | 10:49 AM | 691 views
KUALA BELAIT
Padah memiliki barang tegahan, seorang lelaki, warganegara Bangladesh, dijatuhkan hukuman 10 bulan penjara, selepas gagal membayar denda BND10,000, di Mahkamah Majistret, Kuala Belait, kelmarin.
Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman ke atas Masud selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan memiliki 10 karton rokok berbagai jenis di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Masud, berusia 46 tahun, ditangkap oleh Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Cawangan Daerah Belait, di sebuah rumah pekerja, di kawasan Kuala Belait, pada 1 Disember 2021.
Kesemua barang yang terlibat, iaitu rokok dihukum rampas untuk dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]