Home > In The Court
Gagal Bayar Denda : Dipenjara
December 28th, 2021 | 09:30 AM | 690 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki, warganegara Bangladesh, dijatuhkan hukuman 15 bulan penjara setelah gagal membayar denda BND56,000, hari ini, atas kesalahan memiliki barang tegahan.
Mamun Hossain, 40 tahun, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut kerana memiliki 69 karton dan 10 paket rokok, pelbagai jenis, di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Defendan ditangkap oleh Pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Cawangan Brunei dan Muara, di kawasan Rumah Pekerja, di Burong Pingai Berakas, pada 8 Disember 2021.
Hukuman ke atas defendan diputuskan oleh Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid. Sementara itu, kesemua barang yang terlibat, iaitu rokok dihukum rampas untuk dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]