FacebookInstagramTwitterContact

 

Installation Works of New Traffic Lights           >>           Royal Brunei Police Force Training           >>           Only Valid Haj Visa Holder is allowed to Perform Haj           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration with New Converts           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Towards A Data-Driven Society Workshop           >>           16th IFSB Discussion Session           >>           16th IFSB Summit Panel Discussion           >>           5th ASEAN Disaster Resilience Platform           >>           ACDM + Japan / ACDM + Republic of Korea           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Rogol : Warga Asing Dipenjara 25 Tahun, 20 Kali Sebatan


 


 December 29th, 2021  |  11:38 AM  |   1275 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki warganegara Bangladesh menjalani hukuman penjara 25 tahun dan 20 kali sebatan atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang mengalami masalah intelektual.

 

Defendan, Mohd. Shab Ali, 39 tahun, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar, Yang Arif Haji Abdullah Soefri bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Berdasarkan fakta kes pada 14 Julai 2021 semasa kejadian tersebut, nenek remaja perempuan itu mencarinya di rumahnya di Kampung Sengkurong untuk menghantarnya ke sekolah.

 

Walau bagaimanapun, cucunya itu tidak kelihatan di dalam rumah dan mula mencarinya di luar. Tetapi, dia terserempak dengan cucunya yang berpakaian seragam sekolah itu terbaring di perkarangan rumah bersama defendan dalam keadaan tidak senonoh.

 

Dalam keadaan terkejut, nenek mangsa terus mendapatkan bantuan daripada pembantu rumahnya menyebabkan defendan cemas dan melarikan diri dari tempat kejadian.

 

Nenek mangsa menghubungi bapa mangsa, iaitu menantunya untuk memaklumkan kejadian tersebut. Ibu bapa mangsa pulang ke rumah tidak lama kemudian dan memeriksanya serta terus membuat laporan polis pada hari yang sama.

 

Siasatan polis mendapati bahawa defendan sedang bekerja untuk mengutip sampah dari rumah ke rumah dan tempat lain di sepanjang simpang tersebut pada hari kejadian.

 

Defendan mengaku mengarahkan mangsa untuk berbaring di atas tanah dan merogolnya sebelum perbuatannya itu tertangkap oleh nenek mangsa.

 

Polis juga mendapati bahawa defendan telah berhubung dengan mangsa dengan memberikan nombor telefon bimbit kepadanya.

 

Mangsa mengenali defendan sebagai pengutip sampah di rumah mereka dan melihatnya beberapa kali. Defendan juga pernah merabanya sebelum ini tetapi tidak memberitahu kepada sesiapa mengenai perkara tersebut.

 

Pemeriksaan perubatan yang dilakukan ke atas mangsa pada hari yang sama menunjukkan adanya bukti dikaitkan dengan rogol. Mangsa juga disahkan mengalami masalah intelektual dan kecelaruan pembelajaran sederhana.

 

Pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat demi kepentingan awam dengan mengambil kira faktor yang memburukkan kes, termasuk umur mangsa yang masih muda ketika kesalahan itu dilakukan, kecacatan mentalnya dan tindakan defendan yang dilakukan pada siang hari.

 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Rozaimah binti Haji Abdul Rahman.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33