FacebookInstagramTwitterContact

 

Donation Presentation to Intending Haj Pilgrims           >>           Prepping Tips: How To Prepare A Food Storage Starter Kit           >>           Study: Eating An Avocado A Day Can Help Improve Overall Diet Quality           >>           STUDY: Anger Can Increase Heart Attack Or Stroke Risk For Up To 40 Minutes           >>           Kelly Osbourne Looks Unrecognizable After Blonde Hair Transformation           >>           Why Jill Zarin Is Defending Her Controversial Below Deck Appearance           >>           Rafah: UN Says 80,000 Have Fled Gaza City As Israeli Strikes Intensify           >>           Eurovision: Thousands Protest Against Israel's Entry In Malmo           >>           Israel-Gaza War: Biden To Halt Some Arms Supplies If Israel Invades Rafah           >>           GB News Investor Loses Legal Row Over Shipwreck Silver           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Dipenjara, Sebat Kerana Mencuri


 


 December 31st, 2021  |  10:53 AM  |   945 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Padah melakukan jenayah pecah masuk dan mencuri telefon bimbit jenama iPhone 6, seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun empat bulan dan dua kali sebatan oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

 

Defendan, Mohammad Nazmenizam bin Abdullah berumur 23 tahun dijatuhkan hukuman berkenaan setelah mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 454 Kanun Jenayah, Penggal 22 di hadapan Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar.

 

Mengikut pertuduhan, defendan bekerja sebagai tukang masak di Gerai Kebab Temburong, yang terletak di Bangunan Ko-Operasi Tanjong Maya, Tutong. Defendan telah bekerja di sana selama 11 bulan, antara Ogos 2020 dan Julai 2021.

 

Pada 3 Julai 2021, defendan bekerja di gerai tersebut dari jam 9.30 pagi hingga 8.00 malam. Pada kira-kira jam 2.00 petang, defendan melihat majikannya keluar dari sekitar Bangunan Ko-Operasi tersebut bersama seorang cef dari gerai yang berbeza, terletak di Bangunan Ko-Operasi yang sama.

 

Sebaik sahaja defendan melihat mereka keluar dari kawasan itu, defendan terus pergi ke belakang Bangunan Ko-Operasi tersebut dan menuju ke arah sebuah bilik, yang defendan tahu disewa oleh cef yang baru keluar dari kawasan itu bersama majikannya. Defendan pergi ke sana dengan niat untuk mencuri.

 

Sebaik sahaja defendan tiba di luar bilik tersebut, defendan terus membuka kunci pintu dengan kuat menggunakan garpu besi yang dibawanya dan sebaik sahaja dia berjaya masuk ke dalam bilik tersebut, defendan ternampak satu beg plastik yang mengandungi iPhone 6 berwarna kelabu di dalam kotak dan pengecasnya. Melihat perkara itu, defendan terus mencuri telefon tersebut bersama kotak dan pengecasnya.

 

 

Selepas itu, defendan meninggalkan bilik tersebut bersama barang-barang yang dicuri dan terus masuk ke bilik stor tempat kerjanya di mana dia kemudian menyembunyikan barang-barang yang dicuri itu di dalam kabinet.

 

Sebelum waktu kerjanya habis, defendan kembali ke bilik stor tersebut untuk mengambil barang yang dicuri dan menyimpannya di dalam seluarnya. Selepas waktu kerja habis, defendan meninggalkan kawasan tersebut bersama barang-barang yang dicuri.

 

Siasatan polis mendapati pada 3 Julai 2021 kira-kira jam 4.10 petang, seorang tukang masak yang bekerja di gerai terletak di Bangunan Ko-Operasi Tanjong Maya, Tutong, mendapati seorang telah memecah masuk ke dalam bilik yang disewanya, terletak di belakang Bangunan Ko-Operasi yang sama.

 

Cef tersebut juga mendapati bahawa iPhone 6 berwarna kelabu miliknya bersama pengecasnya telah hilang. Setelah mengetahui perkara ini, cef tersebut membuat laporan polis.

 

Dalam kenyataannya, defendan mengakui bahawa pada 3 Julai 2021, kira-kira jam 2.00 petang, dia telah memecah masuk ke dalam bilik cef tersebut di Bangunan Ko-Operasi Tanjong Maya, Tutong dan mencuri dari bilik tersebut sebuah iPhone 6 berwarna kelabu bersama pengecasnya, kepunyaan cef tersebut.

 

Defendan juga mengaku kemudiannya menjual telefon tersebut dan pengecasnya kepada orang yang tidak dikenali yang ditemuinya melalui media sosial Facebook. Daripada penjualan itu, defendan mendapat keuntungan BND80 yang kemudiannya digunakan untuk membeli makanan dan petrol.

 

Sehingga kini, iPhone 6 tersebut dan pengecasnya tidak ditemui. Menurut pemilik barang tersebut, kerugian yang dialaminya untuk telefon dan pengecasnya adalah kira-kira BND180 dan kos untuk membaiki pintunya yang rosak adalah kira-kira BND120.

 

Dalam rekod defendan mempunyai sabitan lampau berkaitan pecah rumah. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Syafina binti Abd Hadzid.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33