Home > In The Court
Dipenjara, Gagal Bayar Denda
January 6th, 2022 | 11:01 AM | 774 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki, warganegara Bangladesh, dijatuhkan hukuman tujuh bulan penjara setelah gagal membayar denda BND149,600 di Mahkamah Majistret, hari ini.
Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Harnita Zelda Skinner ke atas Tangil Mahmud selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan memiliki 191 karton rokok pelbagai jenis dan wang tunai BND451.
Tangil Mahmud, berumur 36 tahun, ditangkap oleh Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), di kawasan Kampung Masin, pada 16 Disember 2021.
Kesemua barang yang terlibat, iaitu rokok dihukum rampas untuk dimusnahkan, manakala wang tunai BND451, iaitu hasil daripada penjualan rokok juga dihukum rampas dan diserahkan kepada kerajaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]