Home > In The Court
Dipenjara 20 Bulan
January 12th, 2022 | 12:18 PM | 441 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Saiful Bahri, berumur 31 tahun, dijatuhkan hukuman 20 bulan penjara atas satu pertuduhan, di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni menjatuhkan hukuman tersebut setelah defendan gagal membayar denda sebanyak BND126,000.
Saiful Bahri, warganegara Indonesia, didakwa kerana memiliki 158 karton dan 19 paket rokok, berbagai jenis.
Tangkapan dibuat oleh pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), di kawasan rumah pekerja, Kampung Lambak Kanan, pada 26 Disember 2021.
Dalam pada itu, semua barang yang terlibat, iaitu rokok dihukum rampas untuk dimusnahkan.
Majistret Nur Eleana juga mengarahkan agar hukuman pemenjaraan terhadap Saiful Bahri dijalankan, mulai 10 Januari 2022.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]