Home > In The Court
Padah Miliki Barang Tegahan
January 12th, 2022 | 12:19 PM | 447 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Akibat gagal membayar denda BND40,400, seorang lelaki, warganegara Indonesia, dijatuhkan hukuman 14 bulan penjara kerana memiliki barang tegahan.
Hukuman ke atas Masuddin, diputuskan oleh Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni, di Mahkamah Majistret, kelmarin.
Masuddin, berumur 36 tahun, didakwa atas satu pertuduhan, iaitu memiliki 50 karton dan 18 paket rokok, berbagai jenis, juga wang tunai, berjumlah BND3,000, di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) menjalankan tangkapan terhadap defendan, pada 27 Disember 2021, di kawasan rumah pekerja, Kampung Lambak Kanan.
Bukan itu sahaja, kesemua barang yang terlibat, iaitu rokok dihukum rampas untuk dimusnahkan, manakala wang tunai BND3,000, iaitu hasil daripada penjualan rokok juga dihukum rampas dan diserahkan kepada kerajaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]