Home > In The Court
Gagal Bayar Denda : Dipenjara 13 Bulan
January 12th, 2022 | 12:20 PM | 466 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman 13 bulan penjara ke atas seorang lelaki, warganegara Bangladesh, atas kesalahan memiliki barang tegahan.
Hukuman ke atas Md. Nazim, dijatuhkan oleh Majistret Kanan, Pengiran Hazirah binti Pengiran Mohd. Yusof setelah defendan gagal membayar denda BND13,760.00, hari ini.
Md. Nazim, berusia 37 tahun, mengaku bersalah atas satu pertuduhan, di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006, iaitu memiliki 16 karton dan 14 paket rokok, berbagai jenis, juga wang tunai, berjumlah BND684.00.
Defendan, ditangkap oleh Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), di kawasan rumah pekerja, Kampung Mengkubau, pada 27 Disember 2021.
Kesemua barang yang terlibat, iaitu rokok dihukum rampas untuk dimusnahkan, manakala wang tunai BND684.00, iaitu hasil daripada penjualan rokok juga dihukum rampas dan diserahkan kepada kerajaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]