FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perbetulkan Takwa Untuk Mendapatkan Rezeki Allah


MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat semasa mengagihkan daging korban kepada yang layak menerima. |FOTO : PELITA BRUNEI (Mohd. Sahrizal Haji Said)

 


 September 15th, 2016  |  05:48 AM  |   978 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 14 September. - Orang yang mendapat haji yang mabrur balasannya adalah di akhirat kelak.

 

Bagi menunaikan Fardu Haji apa yang penting adalah niat dan bukannya dilihat pada duit kerana permohonan itu tergantung kepada Allah Subhanahu Wata'ala yang memakbulkan doa dengan memberikan rezeki kepada hamba-Nya.

 

Perkara tersebut antara intipati yang dinyatakan oleh penceramah dari Pusat Da'wah Islamiah, Dr. Andas Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah yang membawakan tajuk mengenai haji iaitu salah satu Rukun Islam yang lima.

 

Dr. Andas Haji Ismuhadi dalam ceramahnya juga menjelaskan sekiranya seseorang itu mencari rezeki dengan bekerja siang dan malam ditambah lagi jualan sampingan namun tidak juga dikurniakan rezeki, maka dengan itu hendaklah periksa takwanya.

 

140916 RIZAL1 PERHUBUNGAN

PENCERAMAH Pusat Da'wah Islamiah, Dr. Andas Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah menyampaikan ceramahnya yang bertajuk Haji iaitu salah satu Rukun Islam yang lima.

 

"Kitani ubah takwa kepada Allah kerana dengan mengubah takwa kitani, rezeki Allah akan ada," jelasnya di Majlis Ibadah Korban, Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, di sini.

 

Tegasnya, orang yang bertakwa pasti bekerja dengan jujur, amanah, menjaga sembahyang, tidak mengumpat, tiada hasad dengki dan berusaha mendapatkan rezeki Allah dengan tidak meninggalkan perintah Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat dan isteri, dan seterusnya mengagihkan daging korban kepada mereka yang kurang berkemampuan dan berhak menerimanya.

 

Seramai 62 penerima khas iaitu di kalangan warga kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya dan 47 anak yatim menerima agihan daging korban yang diungkayahkan oleh Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam dengan mengorbankan sejumlah tujuh ekor kerbau kali ini.

 

Juga hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan kementerian berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10