FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tiga Produk Kosmetik Dicemari


 


 April 8th, 2016  |  11:55 AM  |   6002 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 7 April. - Kementerian Kesihatan memaklumkan tiga produk kosmetik yang mana hasil dari ujian makmal Bahagian Kawalan Mutu Ubat, Jabatan Perkhidmatan Farmasi mendapati produk tersebut dicemari dengan bahan terlarang yang tidak diisytiharkan.

 

Menurut Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan, produk-produk berkenaan adalah Lyanaz Beauty Care Babies Blink Gold-White Cream Pengilang/Pengedar dari Lyanaz Beauty Care Sdn. Bhd. dicemari dengan Merkuri, Nour Ain, 4-1 Exclusive Set-Night Cream Pengilang/Pengedar dari Elsuhaz (M) Sdn. Bhd. No. : 56 - 60 (Plot 14 - 18), Bangunan Nour Ain, Jalan Seri Jenaris 1, Taman Seri Jenaris, Tikam Batu, 08600 Sungai Petani, Kedah Darul Aman dicemari dengan Merkuri dan SWL Toner Lotion B diedarkan oleh SWL No. : 10B, Putra Court, Jalan Ipoh Kecil, 50350, Kuala Lumpur dicemari dengan Hydroquinone dan Tretinoin.

 

Bahan-bahan pencemar dalam produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

 

Merkuri adalah bahan yang dilarang dalam produk kosmetik seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik) 2007.

 

Penggunaan Merkuri di dalam produk kosmetik adalah dilarang kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Tahap Merkuri yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh menyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

 

Anak damit dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan daripada pengguna; yang boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau anak damit yang belum dilahirkan.

 

Hydroquinone dan Tretinoin adalah bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi bagi merawat penyakit kulit dan ia dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik penjagaan kulit di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik).

 

Penggunaan Hydroquinone tanpa pengawasan boleh menyebabkan perubahan warna kulit, hipersensitiviti, bahagian kulit yang disapu menjadi biru-hitam atau gelap serta boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

 

Penggunaan Tretinoin yang tidak betul boleh menyebabkan kulit yang disapu menjadi kemerahan, mengelupas dan parut pada kulit.

 

Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran atas pengimportan dan Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik bagi penjualan produk-produk tersebut.

 

Berikutan dapatan ini, produk-produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

 

Orang ramai yang telah menggunakan produk-produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan pemakaiannya dengan serta-merta.

 

Jika mereka mengalami kesan advers dan merasa tidak sihat selepas menggunakan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera.

 

Sementara itu, mereka yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan secara 'online' seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ia adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 untuk mengimport dan memasarkan produk kosmetik di pasaran tempatan tanpa Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa di Kementerian Kesihatan dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi BND5,000 penjara tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan ke Bahagian Penguatkuasaan Farmasi jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini.

 

Untuk maklumat dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi melalui talian telefon +673 2393298 sambungan 208, menghantar e-mel ke [email protected] atau berjumpa terus Pegawai Penguatkuasaan Farmasi di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kampung Madaras, Mukim Gadong 'A'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Kementerian Kesihatan

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54