Home > Bahasa Melayu
ABDB Tumpaskan Pertahanan Kubu Musuh
PEMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah menyaksikan senario serangan akhir Eksesais Hikmat Bersatu V/2016.
April 8th, 2016 | 11:59 AM | 5798 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Khamis, 7 April. - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) melaksanakan serangan ke atas kubu pertahanan musuh dan akhirnya berjaya menumpaskan kumpulan tersebut.
Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pertahanan, di dalam senario serangan akhir tersebut adalah antara yang terkandung bagi Eksesais Hikmat Bersatu V / 2016.
Ia adalah berikutan dengan pengesahan kedudukan pertahanan musuh melalui gerakan-gerakan dan maklumat perisikan.
PARA anggota ABDB bersedia untuk membuat serangan.
Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah menyaksikan serangan akhir itu di Bukit Teraja, pagi tadi.
Serangan di Bukit Teraja tersebut menandakan berakhirnya Eksesais Hikmat Bersatu V / 2016.
Manakala Majlis Doa Kesyukuran bagi berakhirnya eksesais berkenaan akan diadakan pada 8 April ini.
SALAH satu adengan musuh dalam Eksesais Hikmat Bersatu V/2016.
ANGGOTA ABDB berjaya menangkap salah seorang musuh.
Eksesais Hikmat Bersatu tahun ini merupakan kali kelima sejak ia mula dilaksanakan pada tahun 2003.
Senario Eksesais Hikmat Bersatu V / 2016 adalah kesinambungan dari Eksesais Perisai Kebangsaan 4 / 2015 (EPK 4 / 2015) dan tertumpu pada ancaman bukan tradisional (non-traditional security threats).
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Kementerian Pertahanan
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]