Home > Bahasa Melayu
Berkenan Hantar Perutusan Tahniah
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Nguyen Xuan Phuc berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam.
April 8th, 2016 | 12:07 PM | 1834 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Khamis, 7 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Nguyen Xuan Phuc berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam.
Dalam titah perutusan kepada Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Nguyen Xuan Phuc itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berharap semoga Tuan Yang Terutama meraih kejayaan dalam jawatannya yang baharu itu dan seterusnya berharap dapat bekerja rapat dengan TYT dalam meningkatkan perhubungan yang sangat bernilai yang dinikmati oleh kedua-dua buah negara sama ada secara dua hala mahupun rakan dalam ASEAN dan TPP.
Pada mengakhiri titah perutusan baginda itu, baginda menyampaikan salam muhibah kepada TYT dan semoga TYT sentiasa dalam kegembiraan dan kesihatan yang berpanjangan
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by JABATAN PERDANA MENTERI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]