FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Wujudkan Perpaduan Dalam Kalangan Penduduk Kampung


MENTERI Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (kiri) selaku Pengerusi Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Korban yang diungkayahkan oleh Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya Insurans Islam TAIB Holdings Sendirian Berhad dan Darussalam Holdings Sendirian Berhad.|FOTO : PELITA BRUNEI ( Mohd. Sahrizal Haji Said)

 


 September 16th, 2016  |  10:18 AM  |   1491 views

MUKIM PENGKALAN BATU

 

Khamis, 15 September. - Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan anak-anak syarikatnya Insurans Islam TAIB Holdings Sendirian Berhad dan Darussalam Holdings Sendirian Berhad mengungkayahkan Majlis Korban dan Pengagihan Daging bertempat di Masjid Limau Manis, di sini.

 

Sebanyak lima ekor kerbau daripada pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB serta anak-anak syarikatnya telah dikorbankan dan seterusnya diagih-agihkan kepada 134 penerima yang terdiri dari golongan asnaf fakir di Kampung Limau Manis dan Kuala Lurah.

 

Sementara itu, Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya juga turut menyumbangkan sebanyak empat ekor kerbau pada majlis tersebut.

 

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Pengerusi Perbadanan TAIB hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyerahkan pengagihan kepada para penerima.

 

15092016 RIZAL KORBAN TAIB 2

WAKIL dari Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima.

 

Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Urusan TAIB, Dayang Hajah Norrafidah binti Haji Sulaiman.

 

Pada majlis itu tetamu kehormat bersama wakil-wakil Perbadanan TAIB berserta Penghulu Mukim Pengkalan Batu dan Ketua Kampung Junjungan kemudiannya meneruskan lagi pengagihan daging korban dengan Misi Kembara ke beberapa buah rumah penerima yang kurang berkemampuan di Kampung Junjungan.

 

Salah seorang penerima, Dayang Nurul Afizah binti Kifli dalam temu bual Pelita Brunei melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas pengagihan tersebut.

 

15092016 RIZAL KORBAN TAIB 1

DAYANG Nurul Afizah binti Kifli ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei.

 

Menerusi pengagihan itu juga akan dapat memberi kesedaran akan tanggungjawab kita terhadap agama, di samping merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama Islam.

 

Objektif majlis itu diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan dan mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk kampung yang tinggal di sekitar mukim berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19