FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Ibadah Korban KHEU


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman mengagihkan daging korban.|FOTO : PELITA BRUNEI (Masri Osman)

 


 September 16th, 2016  |  10:24 AM  |   1683 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 15 September. - Dalam sama-sama menyahut seruan dan menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidiladha, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU)

 

mengadakan Majlis lbadah Korban dan Sambutan Hari Raya Aidiladha bagi warga kementerian berkenaan.

 

Majlis berlangsung di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan KHEU, Berakas, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

 

15092016 MASRI KORBAN KHEU 1

HADIR selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

 

Di majlis tersebut Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama mengagihkan daging korban kepada 100 orang penerima yang terdiri dari 70 asnaf fakir miskin dari Mukim Gadong dan 30 mualaf yang berdaftar di bawah Majlis Ugama Islam Brunei.

 

Agihan daging korban seterusnya disampaikan kepada Pegawai-Pegawai Kanan KHEU oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud kepada pegawai kanan lelaki dan isteri Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Datin Hajah Zalina binti Haji Omar kepada pegawai kanan perempuan.

 

Diikuti kemudiannya dengan pengagihan daging korban kepada pegawai dan kakitangan KHEU oleh Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof kepada penerima lelaki dan isteri Setiausaha Tetap KHEU, Datin Hajah Nurliyana binti Mohd A'rif Lim kepada penerima perempuan.

 

15092016 MASRI KORBAN KHEU 3

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman mengagihkan daging korban.

 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid dan Awang Roslan bin Haji Taja'ah; pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan.

 

Pada majlis tersebut juga, gema takbir Hari Raya dilaungkan beramai-ramai dipimpin oleh pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Syariah, Pusat Da'wah lslamiah, dan Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, KHEU.

 

Majlis lbadah Korban dan Sambutan Hari Raya Aidiladha bagi warga KHEU dianjurkan bagi menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala atas kurnia rezeki dan meningkatkan keimanan dan ketakwaan warga KHEU dalam perkara berkebajikan, serta membarigakan dan memeriahkan lagi hari-hari kebesaran Islam.

 

15092016 MASRI KORBAN KHEU 4

ANTARA yang hadir pada Majlis Ibadah Korban KHEU.

 

Di samping itu, majlis ini juga dihasratkan untuk mengukuhkan hubungan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan KHEU.

 

Sebanyak tujuh ekor sapi, dua ekor kerbau dan empat ekor kambing telah dikorbankan dan dagingnya diagihkan pada majlis tersebut.

 

Majlis lbadah Korban dan Sambutan Hari Raya Aidiladha bagi Warga KHEU pada tahun ini diungkayahkan bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Syariah, Pusat Da'wah lslamiah dan Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, KHEU.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39