Home > Bahasa Melayu
Eksesais BRUMAL SETIA Siri 13/2016 Bermula
TIMBALAN Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan (kiri) dan Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM), Leftenan Jeneral Dato' Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd. Nawawi (kanan) bersalaman selepas merasmikan Eksesais BRUMAL SETIA Siri 13/2016.
September 17th, 2016 | 10:59 AM | 3490 views
PERKHEMAHAN BERAKAS
Jumaat, 16 September. - Majlis Pembukaan Rasmi Eksesais BRUMAL SETIA Siri 13/2016 telah dirasmikan pada Khamis, 15 September oleh Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dan Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM), Leftenan Jeneral Dato' Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd. Nawawi.
Eksesais berkenaan dijadualkan berlangsung selama 10 hari, bermula 15 hingga 24 September ini.
Tahun ini, Eksesais BRUMAL SETIA siri 13/2016 melibatkan unit Batalion Pertama TDDB dan satu Kompeni dari 20 RAMD, TDM dan turut dibantu oleh Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).
PERASMIAN Eksesais BRUMAL SETIA Siri 13/2016.
Eksesais tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi pengalaman, kemahiran dan pengetahuan tentera bagi mencapai ke tahap profesionalime yang lebih tinggi, di samping merapatkan lagi hubungan persahabatan di antara kedua belah pihak angkatan tentera.
Majlis penutup Eksesais BRUMAL SETIA siri 13/2016 akan diadakan pada 24 September ini dan akan ditutup oleh Pemerintah TDDB dan Panglima TDM.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Royal Brunei Armed Forces
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]