FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Anggota-Anggota IMT Ke-12 Selamat Pulang


PEMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah membuka Toha daripada salah seorang anggota Pasukan Pemantau Antarabangsa Negara Brunei Darussalam (IMT) Ke-12. |FOTO : PELITA BRUNEI (Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 September 17th, 2016  |  11:04 AM  |   1996 views

RIMBA

 

Jumaat, 16 September. - Pasukan Pemantau Antarabangsa Negara Brunei Darussalam (IMT) Ke-12 telah selamat pulang ke negara ini setelah selesai menjalankan tugas di Mindanao, Republik Filipina.

 

Satu majlis bagi mengalu-alukan kepulangan enam anggota ABDB dan seorang anggota Polis Diraja Brunei (PDB) di Pusat Gerakan Udara, Pangakalan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), petang tadi.

 

Hadir mengalu-alukan kepulangan mereka, Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah, Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Dayang Hajah Suriyah binti Haji Umar serta ahli keluarga anggota IMT ke-12.

 

Turut hadir Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Meynardo LB. Montealegre, wakil daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Negara Brunei Darussalam; wakil daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, wakil Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah Tentera dan Awam Kementerian Pertahanan, dan Komandan-Komandan.

 

16092016 AMIRUL MINDANAU 1

PASUKAN Pemantau Antarabangsa Negara Brunei Darussalam (IMT) Ke-12 selamat pulang ke Negara Brunei Darussalam setelah selesai menjalankan tugas di Mindanao, Republik Filipina.

 

Penghantaran kontinjen IMT Ke-12 tahun lepas pada 28 Ogos telah diambil alih oleh anggota IMT Ke-13 yang sudah bertolak kelmarin bagi meneruskan misi pemantauan dan pengamanan.

 

Kontinjen IMT-12 Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Leftenan Kolonel Azman bin Haji Bangkol.

 

Dalam temu bual bersama Pelita Brunei, Leftenan Kolonel Azman mengongsikan pengalaman dan cabaran yang dilalui semasa mengetuai misi tersebut di mana cabaran utamanya adalah bagi mencapai mandat yang dibuat selain dari berjauhan dengan keluarga tersayang.

 

16092016 AMIRUL MINDANAU 7

LEFTENAN Kolonel Azman bin Haji Bangkol semasa ditemu bual oleh wakil Pelita Brunei.

 

"Tetapi alhamdullilah zaman sekarang alat komunikasi begitu canggih jadi tiada sebarang masalah untuk berhubung dengan keluarga. Selain itu, apa yang kami hadapi semasa disana ialah cara berkomunikasi bersama orang-orang di sana kerana kebanyakkan mereka kurang faham bahasa Inggeris apatah lagi bahasa Melayu," ujarnya.

 

Beliau juga menyeru khususnya generasi-generasi muda negara ini agar dapat mengekalkan kemananan negara serta menyokong sepenuhnya falsafah Melayu Islam Beraja dan kerajaan selain membantu agensi-agensi keselamatan agar negara ini akan kekal aman dan selamat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39