FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


MSSBD Sertai Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Asia


PENYERAHAN Bendera Negara Brunei Darussalam disampaikan oleh Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Haji Azis bin Haji Nayan kepada Pengurus dan Ketua Rombongan, Awang Haji Narudin bin Haji Puteh. |FOTO : PELITA BRUNEI (Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

 


 September 18th, 2016  |  10:41 AM  |   1649 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 17 September. - Negara Brunei Darussalam akan menyertai Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Asia Bawah 15 Tahun anjuran Asian Schools Football Federation (ASFF) yang diwakili oleh Pasukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (MSSBD).

 

Kejohanan yang diadakan sejak tahun 2004 ini akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 21 September hingga 1 Oktober 2016.

 

Serombongan 25 orang iaitu 20 pemain dan lima orang pengiring akan berlepas ke Kuala Lumpur pada 20 September ini, di sebelah pagi.

 

170916 MSSBD HJMAS-2

 

PEMANGKU Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Haji Azis bin Haji Nayan semasa menyampaikan ucapannya.

 

170916 MSSBD HJMAS-3

Di antara negara yang akan menyertai kejohanan itu nanti ialah Brunei Darussalam, China, Hong Kong, Malaysia, Indonesia, Iran, Korea, Sri Lanka dan Thailand.

 

Sehubungan dengan itu, Majlis Penyerahan Bendera bagi pasukan tersebut berlangsung di Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

 

Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam disampaikan oleh Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Haji Azis bin Haji Nayan kepada Pengurus dan Ketua Rombongan, Awang Haji Narudin bin Haji Puteh.

 

170916 MSSBD HJMAS-4

PENGURUS dan Ketua Rombongan, Awang Haji Narudin bin Haji Puteh.

 

Awang Haji Narudin ketika ditemu bual menjelaskan, latihan telah dijalankan sepanjang tahun, yang mana pasukan telah disediakan dengan latihan secara berterusan termasuk sejak bulan April lalu, gabungan melatih kerjasama dengan NFABD di bawah kendalian Jurulatih Taka dijalankan sehingga sekarang.

 

Beliau berkata, pemilihan dilakukan melalui kejohanan-kejohanan di sekolah-sekolah menengah yang telah diadakan oleh unit jasmani di mana dari sana kami memilih pemain selain memilih pemain yang memang dari berumur 12 tahun sudah mengikuti latihan.

 

"Merujuk kepada pencapaian terakhir MSSBD, pada tahun 2011 kami telah berjaya masuk ke Peringkat Separuh Akhir akan tetapi dikalahkan oleh Malaysia 2-0 dan tahun ini InsyaaAllah harapan itu akan ditingkatkan ke peringkat akhir," ujarnya.

 

170916 MSSBD HJMAS-5

PESERTA yang terpilih mengikuti Kejohanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Asia Bawah 15 Tahun  di Kuala Lumpur.

 

ASFF adalah bertanggungjawab terhadap pengendalian kejohanan bola sepak khusus bagi pelajar-pelajar sekolah-sekolah Asia yang menjadi ahli kepada persekutuan ini yang mana sebanyak 17 negara menjadi ahli bagi ASFF iaitu Brunei Darussalam, China, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Kazakhstan, Macau, Malaysia, Mongolia, Pakistan, Filipina, Singapura, South Korea, Sri Lanka, Thailand dan Viet Nam.

 

Di antara tujuan kejohanan ini adalah sebagai kesinambungan / kelangsungan kejohanan bola sepak bagi sekolah-sekolah Asia; penganjuran dan pelaksanaan aktiviti yang kondusif bagi kemajuan dan kualiti bola sepak di sekolah-sekolah Asia; menggalakkan hubungan setiakawan dan persefahaman di kalangan sekolah-sekolah Asia melalui acara sukan bola sepak.

 

Pasukan MSSBD telah menjalankan latihan sepanjang tahun secara berterusan dan bekerjasama dengan National Football Association of Brunei Darussalam (NFABD) melalui latihan-latihan oleh Jurulatih NFABD, Taka.

 

Di samping itu, pasukan tersebut menyertai kejohanan Youth U-16 NFABD dengan nama Tabuan 'A', selain itu latihan larian dijalankan di padang NFABD, Padang Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien dan Padang Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19