FacebookInstagramTwitterContact

 

Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>           Cities: Skylines 2's embarrassed developers are giving away beachfront property for free           >>           Apple says it was ordered to remove WhatsApp and Threads from China App Store           >>           Oil Price Eases As Iran Downplays Attack           >>           After Their PM Halts Ukraine Aid, Slovaks Dig Deep To Help           >>           US Congress Close To Passing Long-Awaited Ukraine Aid           >>           Francis Ogolla: Kenya Investigates Crash That Killed Military Chief           >>           In Pictures: India Votes In World's Biggest Election           >>           Blunt Olyroos Suffer Calamitous Loss In Olympic Games Qualifier           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


JPD Perkenalkan Sistem Teksi Bermeter


SETIAUSAHA Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad (kiri) dan Pengarah Pengangkutan Darat, Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi (kanan) semasa Sidang Media Kementerian Perhubungan bersama Jabatan Pengangkutan Darat.

 


 September 18th, 2016  |  10:43 AM  |   2430 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 17 September. - Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) akan melaksanakan Sistem Teksi Bermeter dengan struktur kadar tambang yang dikawal selia serta imej yang baharu yang akan bermula pada 23 September ini.

 

Sistem tersebut akan memastikan semua teksi di negara ini dibekalkan dengan meter bagi memastikan penumpang membayar kadar perjalanan yang selaras dan dikawal selia.

 

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengarah Pengangkutan Darat, Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi merangkap Pengerusi Lembaga Melesen Pengangkutan Bermotor (MTLA) pada Sidang Media Kementerian Perhubungan bersama JPD yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Al-Mahabbah, Kementerian Perhubungan, di sini.

 

Menurut beliau, melalui Sistem Teksi Bermeter ini, kadar menaiki teksi sehingga 10 kilometer perjalanan akan berharga BND12, namun, kadar ini boleh bertambah tertakluk kepada kesesakan lalu lintas.

 

Sebelum ini, jelasnya, sistem kadar teksi sehingga 10km perjalanan adalah di antara BND20 hingga BND40, dengan sistem bermeter yang baharu ini, perjalanan akan dikawal melalui masa dan kejauhannya, oleh itu perjalanan yang lebih dekat akan menjadi lebih murah.

 

Di samping itu, tambahnya, Sistem Teksi Bermeter yang akan dilancarkan ini juga akan mempunyai imej baharu dengan plat tanda pengenalan berwarna hitam dan Papan Tanda Teksi mudah alih yang akan berkuat kuasa pada tarikh pelancaran.

 

Beliau seterusnya menjelaskan, teksi-teksi tidak lagi dimestikan beratap warna kuning dan mana-mana warna kenderaan boleh digunakan yang diluluskan oleh pihak JPD, perkataan atau 'wording' di tepi badan teksi juga ditiadakan, manakala pemandu-pemandu teksi juga akan mempunyai kad pengenalan pemandu yang perlu dipamerkan di dalam kenderaan untuk pengetahuan penumpang.

 

Dalam usaha memastikan tahap perkhidmatan yang baik dan selamat, jelasnya, nombor aduan untuk kegunaan penumpang membuat aduan perilaku pemandu teksi juga akan diletakkan di dalam dan juga di luar kenderaan teksi pada bahagian belakang.

 

Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad, pada Sidang Media tersebut menjelaskan bahawa pengenalan Sistem Teksi Bermeter ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kementerian Perhubungan ke arah mewujudkan sistem pengangkutan awam yang dikawal selia berkait hubungan (connected) dan boleh diharap (reliable).

 

Ia juga merupakan langkah untuk menggalakkan orang ramai sebagai penumpang untuk tidak menggunakan teksi sapu dalam sebarang perjalanan mereka, selain untuk memelihara keselamatan penumpang dan memastikan pendapatan perkhidmatan pengangkutan awam lain yang sah tidak terjejas, tambahnya lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-19 23:37:17