Home > Bahasa Melayu
Bijak Urus Rumah Tangga, Lahirkan Institusi Keluarga Cemerlang
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan sabda perasmian Pameran Urusan Rumah Tangga 2016. |FOTO : PELITA BRUNEI (Hernie Suliana Haji Othman, Azmah Haji Ahad)
September 18th, 2016 | 10:47 AM | 1444 views
BERAKAS
Sabtu, 17 September. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan berangkat merasmikan Pameran Urusan Rumah Tangga 2016 sempena perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-70 bagi Daerah Brunei dan Muara.
Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) dijunjung oleh Yang Di-Pertua Persatuan PERTIWI Negara Brunei Darussalam, Datin Hajah Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohd. Yussof selaku Pengerusi Bersama majlis.
Berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Ambassador at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali SAifuddien Sa'adul Khairi Waddien berkenan berangkat merasmikan Pameran Urusan Rumah Tangga 2016.
Dalam sembah alu-aluannya pada majlis tersebut, Yang Di-Pertua Persatuan PERTIWI Negara Brunei Darussalam, Datin Hajah Dayang Siti Hajar menjelaskan tanggungjawab kaum wanita di alaf ini perlu bijak mengurus rumah tangga supaya boleh bersaing dan seimbang dengan kemajuan global.
Suasana global yang makin mencabar tambahnya, terutama sekali dalam tugas seharian menjaga dan mendidik anak-anak memerlukan kaum ibu supaya sentiasa peka terhadap perkembangan semasa agar dapat menangani masalah keluarga, keselamatan dan kesihatan keluarga, pakaian yang bersesuaian dan pengurusan rumah tangga dengan bijak supaya dapat melahirkan satu institusi keluarga yang bahagia, berilmu dan beriman.
Pameran Urusan Rumah Tangga tahun 2016 ini sembahnya, melibatkan penyertaan semua peringkat masyarakat di negara ini dalam lima kategori penyertaan iaitu dari penglibatan agensi kerajaan, sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO), pihak perseorangan termasuk golongan belia hingga peringkat akar umbi melalui penyertaan Biro-biro Wanita Majlis Perundingan Kampung.
SEMBAH alu-aluan disampaikan oleh Yang Di-Pertua Persatuan PERTIWI Negara Brunei Darussalam, Datin Hajah Dayang Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohd. Yussof selaku Pengerusi Bersama Pameran Urusan Rumah Tangga 2016.
Jelasnya, penyertaan semua lapisan masyarakat termasuk juga perwakilan negara sahabat dalam pameran ini adalah terbit daripada manifestasi kerjasama, komitmen serta persefahaman yang wujud di kalangan kaum wanita amnya, ahli-ahli jawatankuasa pameran, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam sama-sama memeriahkan suasana perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM tahun ini.
"Penyertaan agensi kerajaan dan badan NGO di pameran ini diharap akan dapat membantu meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kaum ibu terhadap permasalahan sosial yang perlu dihindari dan cara-cara menanganinya.
"Pameran, demo dan jualan promosi hasil kraf tangan, masak-masakan, gubah-gubahan dengan daya cipta yang menarik diharap akan dapat menarik minat kaum wanita bahawa kebolehan seumpama ini bukan sahaja boleh dijadikan hobi semata-mata, malah bagi mereka yang menceburi alam perniagaan, daya cipta kreatif akan dapat memberikan tambah nilai kepada produk serta meningkatkan daya saing di pasaran," sembah Datin Hajah Dayang Siti Hajar.
Yang Teramat Mulia kemudiannya berkenan mengurniakan sabda perasmian Pameran Urusan Rumah Tangga 2016 dan menyempurnakan pengurniaan sijil dan cenderamata kepada para peserta sebelum berkenan menerima pesambah daripada Pengerusi Bersama pameran.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah menyempurnakan pengurniaan sijil dan cenderamata kepada para peserta pameran.
Sejurus majlis perasmian, YTM dijunjung menyaksikan pameran serta demonstrasi urusan rumah tangga.
Pameran Urusan Rumah Tangga 2016 adalah anjuran Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-70 Tahun bagi Daerah Brunei dan Muara dan dikelolakan oleh Persatuan PERTIWI Negara Brunei Darussalam sebagai salah satu dari acara perayaan.
Ianya adalah berbentuk pameran dan demonstrasi serta jualan promosi berbagai produk hasil masakan, kraf tangan, pakaian serta peralatan rumah dan dapur.
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah berkenan menyaksikan Pameran Urusan Rumah Tangga Tahun 2016.
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berkenan menyaksikan makanan-makanan tradisional Brunei yang disusun sebagai 'centrepiece' Pameran Urusan Rumah Tangga 2016.
Antara lain, ia mempamerkan berbagai kegiatan yang boleh diterokai oleh kaum wanita untuk dijadikan hobi dan seterusnya sumber menambah pendapatan keluarga sambil mengurus keluarga di rumah.
Ianya juga dihasratkan untuk menarik minat kaum wanita, kaum ibu atau belia untuk turut bergiat dalam berbagai bidang seperti masakan, kraf tangan, penghasilan produk dari sumber alam yang dapat dikembang majukan dari hanya sebagai hobi sehingga mencapai ke peringkat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan komersial yang berdaya tahan dan berdaya saing.
SEBAHAGIAN yang hadir pada Majlis Perasmian Pameran Urusan Rumah Tangga 2016.
Penyertaan agensi kerajaan mempamerkan beberapa perkhidmatan bantuan dan khidmat nasihat untuk kaum wanita khususnya bagi membentuk institusi keluarga yang bahagia dan berjaya.
Peserta pameran terdiri dari agensi kerajaan, kedutaan negara sahabat, majlis perundingan kampung, sektor swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang-orang perseorangan. Penyertaan semua lapisan masyarakat termasuk daripada manifestasi kerjasama yang padu, komitmen serta persefahaman yang wujud di kalangan kaum wanita amnya, Ahli-ahli Jawatankuasa Pameran, badan-badan bukan kerajaan (NGO), sektor awam, sektor swasta dalam sama-sama memeriahkan suasana perayaan tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Aimi Sani
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]