FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perlumbaan Bot Laju Sebagai Tarikan Pelancong


SALAH satu acara yang dipertandingkan dalam Perlumbaan Bot Laju anjuran MPK Penabai / Kuala Tutong.

 


 September 19th, 2016  |  10:49 AM  |   3310 views

TUTONG

 

Ahad, 18 September. - Acara Perlumbaan Bot Laju Anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Penabai / Kuala Tutong telah diadakan di Kawasan Sungai Kampung Penabai / Kuala Tutong, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat di acara tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam.

 

Perlumbaan Bot Laju anjuran MPK Penabai / Kuala Tutong ini adalah sebagai salah satu aktiviti riadah dan aktiviti tahunan yang dahulunya dikenali dengan 'Pesta Nelayan', yang diisi dengan dua acara iaitu acara aktiviti di air dan acara Sukan Ria.

 

Pada kali ini, MPK Penabai / Kuala Tutong hanya menganjurkan Perlumbaan Bot Laju sahaja terlebih dahulu.

 

Dengan adanya Perlumbaan Bot Laju ini, ianya dapat menarik para pengunjung dan pelancong sama ada dari dalam negeri mahu pun luar negeri, dan secara tidak langsung akan dapat meningkatkan perekonomian penduduk-penduduk kampung melalui Satu Kampung Satu Produk (1K1P) serta menjadikan Kampung Penabai / Kuala Tutong sebagai salah satu tempat destinasi pelancongan selaras dengan Pelan Strategik Jabatan Daerah Tutong untuk menjadikan Daerah Tutong sebagai Destinasi Pelancongan.

 

180916 FILA1 PERAHU

PEMANGKU Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam (empat, kiri) hadir selaku tetamu kehormat.

 

Selain daripada Perlumbaan Bot Laju, Ahli Jawatankuasa juga telah menyediakan aktiviti-aktiviti sampingan seperti perkhidmatan 'Boat Cruise' yang menyusuri sungai menuju ke Kuala Sungai Tutong, dikendalikan oleh Perusahaan Seri Melati yang dimiliki oleh salah seorang usahawan penduduk Kampung Penabai / Kuala Tutong.

 

Ahli jawatankuasa juga telah menyediakan lebih 70 buah petak jualan bagi memeriahkan lagi acara Perlumbaan Bot Laju ini.

 

Acara Perlumbaan Bot Laju ini, bermula pada sebelah pagi yang mempertandingkan lima kategori iaitu 18 Kuasa Kuda Ke Bawah, 30 Kuasa Kuda (2 piston) Ke Bawah, 30 Kuasa Kuda (3 piston) Ke Bawah, 50 Kuasa Kuda Ke Bawah dan 60 Kuasa Kuda.

 

Pada sebelah petang pula mempertandingkan enam kategori iaitu 18 Kuasa Kuda Ke Bawah, 30 Kuasa Kuda (2 piston) Ke Bawah, 30 Kuasa Kuda (3 piston) Ke Bawah, 50 Kuasa Kuda Ke Bawah, 60 Kuasa Kuda dan F1/F2.

 

Perlumbaan Bot Laju ini juga turut disertai oleh pelumba-pelumba dari negara jiran.

 

Hadiah-hadiah kemenangan perlumbaan telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

 

Sebelum itu, tetamu kehormat telah menyampaikan Sijil Penghargaan Ahli Jawatankuasa dan Penyumbang Acara kepada wakil Ahli Jawatankuasa Perlumbaan Bot Laju anjuran MPK Penabai / Kuala Tutong.

 

Majlis dihadiri oleh Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong, Pemangku Penghulu Mukim Pekan Tutong, pegawai-pegawai kanan kerajaan, jemputan-jemputan khas, ahli-ahli MPK, dan penduduk-penduduk Kampung Penabai / Kuala Tutong.

Salah seorang ahli jawatankuasa perlumbaan tersebut semasa diwawancara menjelaskan Perlumbaan Bot Laju ini telah menerima seramai 50 penyertaan yang terdiri 47 peserta tempatan dari seluruh daerah dan tiga peserta dari negara jiran, Sarawak, Malaysia.

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54