FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kumpulan !null Juara Cyber Battle


SETIAUSAHA Tetap (Media dan Kabinet) di Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohammad Riza bin Dato Paduka Haji Mohammad Yunos menyampaikan hadiah kepada juara ‘Cyber Battle; Capture The Flag 2016’ iaitu Kumpulan !null. |FOTO: PELITA BRUNEI (Hamzah Mohidin)

 


 September 19th, 2016  |  10:54 AM  |   1914 views

BERAKAS

 

Ahad, 18 September. - Kejayaan berpihak kepada Kumpulan !null yang menjuarai 'Cyber Battle; Capture The Flag 2016' berlangsung di Dewan Mahligai, Airport Mall, di sini.

 

Kumpulan !null yang terdiri dari Awang Mohd. Izdihar bin Sulaiman, Awang Muhammad Rizki bin Haji Kassim dan Awang Muhamad Nur Aiman bin Haji Jahari berjaya mengumpul sebanyak 1,675 markah.

 

Dalam temu bual bersama juara pertandingan, Awang Mohd. Izdihar selaku ketua kumpulan melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala dan gembira kerana memperolehi kejayaan setakat ini.

 

Menurutnya, beliau memang sudah lama minat dalam bidang info security dan pernah menyertai Cyber Battle yang pertama.

 

"Kami juga telah membuat banyak persediaan dan kebanyakan melalui 'research' sendiri dan mencuba Capture The Flag online," ujarnya.

 

180916 HAMZAH3 CYBER

SETIAUSAHA Tetap (Media dan Kabinet) di Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohammad Riza bin Dato Paduka Haji Mohammad Yunos semasa menyaksikan pameran dari ITPSS Sdn. Bhd.

 

Di akhir temu bual beliau berharap dengan adanya pertandingan seumpama ini akan dapat mengembangkan lagi bidang IT dan keselamatan siber di Negara Brunei Darussalam dan menggalakkan masyarakat untuk terus peka akan kepentingan IT dan keselamatan siber.

 

Tempat kedua disandang oleh Kumpulan FFQ dengan 1,375 markah diikuti tempat ketiga ialah Kumpulan Soapoboat dengan jumlah 1,000 markah.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet) di Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohammad Riza bin Dato Paduka Haji Mohammad Yunos.

 

Sebanyak 10 pasukan telah mara ke peringkat akhir bersaing mencari dan mengeksploitasi kelemahan pada permainan yang ditetapkan.

 

Pertandingan dijalankan secara 'Jeopardy-style' dengan berbagai cabaran termasuk web, crypto, eksploitasi, forensik digital dan analisis paket di mana cabaran berdasarkan kepada senario IT sebenar dan peserta dikehendaki menunjukkan teknik analisis dan mengumpul jumlah mata.

 

180916 HAMZAH5 CYBER

SEBAHAGIAN dari pasukan yang mengambil bahagian 'Cyber Battle; Capture The Flag 2016'.

 

Cyber Battle merupakan acara tahunan yang dianjurkan buat kali ke-2 oleh pakar keselamatan IT tempatan ITPSS Sendirian Berhad dengan sokongan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi (AITI) sebagai satu cara untuk menonjolkan kepentingan IT dan Keselamatan Siber dalam meningkatnya keperluan bagi para pakar keselamatan di Negara Brunei Darussalam.

 

Ketua Pegawai Eksekutif ITPSS, Awang Shamsul Bahri bin Haji Kamis dalam ucapan ringkasnya menjelaskan, Cyber Battle merupakan satu peluang untuk mengukur tahap kompetensi profesional IT di negara ini dalam pelbagai bidang dan disiplin IT serta keselamatan siber.

 

Jelasnya, Brunei sedang menghadapi kekurangan para profesional IT dan keselamatan siber, dan adalah diharapkan dengan adanya Cyber Battle ini akan menarik minat peserta dalam memilih IT dan keselamatan siber sebagai bidang pilihan profesion mereka.

 

Selain dari pertandingan, ITPSS juga mengadakan pameran mengenai beberapa perkhidmatan keselamatan IT termasuk Forensik Mudah Alih, Forensik Komputer, Pemulihan Data, Perkhidmatan Keselamatan Terurus (MSS), Sistem Penyelarasan Pelbagai Agensi (MACS), kesedaran keselamatan IT, E-pembelajaran untuk Maklumat Keselamatan Alam Sekitar (ELISE) dan penyelesaian pengurusan acara RFID (TAGG) serta pameran perisian forensic digital DFAS dari Syarikat Korea Duzon.

 

Dua kumpulan iaitu !null dan FFQ akan mewakili Negara Brunei Darussalam ke Pertandingan Permainan Siber Asia Tenggara (Cyber SEA Games) di Bali, Indonesia nanti.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19