FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pantai Bersih Daya Tarikan Pelancong


AHLI-AHLI Majlis Perundingan Kampung, penduduk-penduduk Kampung Penabai / Kuala Tutong serta kakitangan dan pekerja-pekerja daripada Perusahaan Seri Melati yang mengikuti Kempen Kebersihan Pantai di Kawasan Hujung Pantai Kampung Penabai / Kuala Tutong dan Kawasan Penurunan / Penaikan Perahu bergambar ramai.

 


 September 25th, 2016  |  10:05 AM  |   2409 views

TUTONG

 

TUTONG, Sabtu, 24 September. - Acara Kempen Kebersihan Pantai yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung Penabai / Kuala Tutong telah diadakan di Kawasan Hujung Pantai Kampung Penabai / Kuala Tutong dan Kawasan Penurunan / Penaikan Perahu di bawah kawalan Jabatan Perikanan di Kampung Kuala Tutong.

 

Kempen kebersihan ini adalah inisiatif Majlis Perundingan Kampung Penabai / Kuala Tutong dalam sama-sama menyertai Kempen Kebersihan Pantai sempena 'International Coastal Cleanup Day 2016' yang diungkayahkan oleh gabungan Syarikat-Syarikat Usahasama Brunei Shell (BSJV); Syarikat Shell Deepwater Borneo (SDB) dan Syarikat Brunei Gas Carriers (BGC) di beberapa kawasan pantai di negara ini.

 

Kempen kebersihan ini dengan secara tidak langsung adalah sebagai kesinambungan daripada Kempen Kebersihan Bersepadu yang telah diadakan pada 10 September 2016 yang lalu dalam sama-sama menjaga alam persekitaran kampung yang bersih serta dapat mengurangkan tempat pembiakan nyamuk-nyamuk yang boleh membawa berbagai penyakit seperti Denggi dan Virus Zika.

 

Dengan persekitaran kampung yang bersih akan dapat menarik para pengunjung dan pelancong dengan tidak secara langsung akan dapat meningkatkan perekonomian penduduk-penduduk kampung melalui Satu Kampung Satu Produk (1K1P) serta menjadikan Kampung Penabai / Kuala Tutong sebagai salah satu tempat destinasi pelancongan selaras dengan pelan strategik Jabatan Daerah Tutong untuk menjadikan Daerah Tutong sebagai Destinasi Pelancongan.

 

Kempen kebersihan ini disertai oleh Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung; penduduk-penduduk Kampung Penabai / Kuala Tutong serta kakitangan dan pekerja-pekerja daripada Perusahaan Seri Melati.

 

Turut hadir di kempen kebersihan berkenaan ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam.


Kempen kebersihan tersebut juga turut dihadiri oleh Pemangku Penghulu Mukim Pekan Tutong, Awang Haji Mumin bin Abd. Razak selaku Pemangku Sementara Ketua Kampung Penabai / Kuala Tutong serta pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah Tutong.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Daerah Tutong

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16