FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penerima Biasiswa 'Sultan's Scholar' Tandatangani Perjanjian


MENTERI Pendidikan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (duduk, tiga dari kanan) selaku tetamu kehormat menyaksikan penandatanganan perjanjian penerimaan biasiswa di antara penerima biasiswa (duduk, tiga dari kiri) serta penjamin bersama Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail (duduk, dua dari kanan) dan Penolong Pengarah Urusan YSHHB, Dayang Hajah Donnaliza binti Abdullah Puasa (duduk, kanan). |FOTO: PELITA BRUNEI ( Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)

 


 September 25th, 2016  |  10:08 AM  |   1030 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 24 September. - Seramai enam penuntut telah berjaya menerima anugerah biasiswa 'Sultan's Scholar' Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) bagi Sesi Pengajian Tahun 2016 / 2017 yang mana dua antara mereka menerima anugerah biasiswa bagi melanjutkan pengajian.

 

Sehubungan itu, YSHHB telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian dan Doa Selamat bagi penerima anugerah biasiswa berkenaan yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Bangunan YSHHB, di ibu negara.

 

240916 FILA2 YSHHB

MENTERI Pendidikan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (duduk, tiga dari kanan) selaku tetamu kehormat menyaksikan penandatanganan perjanjian penerimaan biasiswa di antara penerima biasiswa  (duduk, tiga dari kiri) serta penjamin bersama Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail (duduk, dua dari kanan) dan Penolong Pengarah Urusan YSHHB, Dayang Hajah Donnaliza binti Abdullah Puasa (duduk, kanan).

 

Hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan majlis penandatanganan itu, Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Ilmami bin Haji Othman, diikuti dengan acara menandatangani perjanjian bagi keenam-enam penerima anugerah biasiswa tersebut.

 

240916 FILA1 YSHHB

MENTERI Pendidikan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (tiga, kiri) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Menandatangani Perjanjian dan Doa Selamat bagi penerima anugerah biasiswa 'Sultan's Scholar' Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) bagi Sesi Pengajian Tahun 2016 / 2017.

 

Para penerima biasiswa menandatangani perjanjian tersebut bersama dengan dua orang penjamin yang terdiri daripada ibu bapa atau ahli keluarga terdekat mereka.

 

Bagi pihak YSHHB pula, penandatanganan diwakili oleh Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail dan Penolong Pengarah Urusan YSHHB, Dayang Hajah Donnaliza binti Abdullah Puasa.

 

240916 FILA6 YSHHB

MENTERI Pendidikan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (kiri) selaku tetamu kehormat menyampaikan 'Insentif' Sultan's Scholar kepada Dayang Nurul Hani binti Haji Mohd. Tahir (tengah).

 

Terdahulu, Pengarah Urusan YSHHB dalam ucapannya antara lain berkata, penerima-penerima yang terpilih adalah terdiri daripada kalangan penuntut yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan di peringkat 'A' level atau Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei atau peperiksaan-peperiksaan yang sebanding dan telah mendapat tawaran belajar di institusi-institusi pendidikan tinggi yang ternama di luar negara.

 

Beliau juga mengingatkan para penuntut berkenaan supaya belajar bersungguh-sungguh dan mengikuti pengajian mereka dengan rajin, tekun dan penuh iltizam.

 

240916 FILA3 YSHHB

SALAH seorang penuntut menerima perjanjian biasiswa yang telah ditandatangani daripada Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail (kanan) yang disaksikan oleh Menteri Pendidikan (tengah).

 

240916 FILA7 YSHHB

"Pihak Yayasan menaruh harapan yang tinggi dan berdoa agar mereka memperoleh kejayaan yang cemerlang."

 

"Dengan kejayaan itu nanti, InsyaaAllah mereka akan dapat menyumbangkan khidmat bakti dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara," ujar beliau.

 

240916 FILA5 YSHHB

GAMBAR ramai bersama para penerima Sultan's Scholar' Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) bagi Sesi Pengajian Tahun 2016 / 2017.

 

Para penerima anugerah biasiswa tersebut yang akan mengikuti kursus pengajian di United Kingdom ialah Dayang Kadrina Abdul Latif binti Abdullah dalam jurusan Bsc. (Honours) Biomedical Sciences di Imperial College London, Dayang Hajah Izzatul Faizah binti Dr. Haji Mohamad dalam jurusan Undang-Undang di London School of Economics and Political Science dan Awang Muhamad Aiman Syafiq bin Haji Ramlee mengikuti kursus BEng. Honours Biomedical Engineering di University College London.

 

Manakala, Dayang Siti Hafizah Al-Haziqah binti Ariffin akan mengikuti kursus Takhassus Al-Quran Wal Qiraat di Ma'had Qiraat Al-Azhar, Shoubra, Mesir.

 

Sementara itu, Dayang Hajah Andi Diinah Kiasatinah binti Haji Alliasim akan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam jurusan MSc. in Global Governance and Ethics (Political Science) di University College London dan Awang Tan Zong Hao melanjutkan pengajian dalam jurusan Ph.D in Civil Engineering di University of Oxford.

240916 FILA9 YSHHB

DAYANG Nurul Hani binti Haji Mohd. Tahir semasa ditemu bual oleh wakil dari Pelita Brunei.

 

Majlis tersebut turut meraikan kejayaan penuntut 'Sultan's Scholar', Dayang Nurul Hani binti Haji Mohd. Tahir yang telah berjaya menamatkan pengajiannya dengan mendapat keputusan Kepujian Kelas Pertama dalam jurusan MEng. in Aeronautical Engineering di Imperial College London.

 

Beliau merupakan penerima hadiah 'insentif' Sultan's Scholar berupa wang tunai sebanyak BND15,000.

240916 FILA8 YSHHB

DAYANG Hajah Andi Diinah Kiasatinah binti Haji Alliasim semasa ditemu bual oleh wakil dari Pelita Brunei.

 

Ketika ditemui Pelita Brunei, Dayang Nurul Hani mengucapkan rasa syukur dan setinggi-tinggi penghargaan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan atas anugerah INSENTIF tersebut.

 

Beliau yang baru sahaja kembali ke tanah air pada bulan Julai yang lalu, merancang untuk memfokuskan perhatian pada kerjaya yang akan beliau ceburi nanti dan berhasrat untuk memberikan khidmat bakti serta sumbangan pada Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54