FacebookInstagramTwitterContact

 

Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hidupkan Kembali Budaya Warisan Masyarakat Melayu Kedayan


SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa menyaksikan sebahagian Pameran Pertemuan Budaya Melayu Kedayaan 2016. |FOTO : PELITA BRUNEI (Azmah Haji Ahad)

 


 September 26th, 2016  |  10:40 AM  |   1936 views

MUKIM PENGKALAN BATU

 

Ahad, 25 September. - Pertemuan Budaya Melayu Kedayan 2016 merupakan landasan untuk mengumpulkan dan menyatukan masyarakat Melayu Kedayan di Negara Brunei Darussalam khasnya serta waris-waris Kedayan yang berada di negara-negara jiran terdekat, iaitu Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Kegiatan yang julung-julung kalinya diadakan di Taman Peranginan Kampung Parit itu dihadiri oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

250916 KEDAYAN AZMAH-3

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa menyaksikan sebahagian Pameran Pertemuan Budaya Melayu Kedayaan 2016.

 

Yang Di-Pertua Persatuan Melayu Kedayan (PEMEDAYAN), Awang Haji Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba selaku Pengerusi Majlis dalam ucapan alu-aluannya berkata, masyarakat Melayu Kedayan di negara ini tinggal secara bertaburan di setiap daerah dan terdapat juga masyarakat Melayu Kedayan di negara-negara jiran terdekat.

 

Selari dengan perkembangan masa jelasnya, dengan merujuk pada hidup bermukim dan berkampung yang membentuk sebuah masyarakat, maka masyarakat Melayu Kedayan tidaklah tinggal terasing dengan hanya hidup dalam lingkungan masyarakatnya tersendiri, tetapi bersatu dengan masyarakat lain yang ada sekeliling mereka dengan terus mengamalkan budaya hidup masing-masing.

 

Walau bagaimanapun ujarnya, mempertahankan bahasa dan budaya yang sekali gus mempertahankan bangsa Melayu Kedayan itu sendiri adalah satu cabaran yang sangat besar kepada masyarakat Melayu Kedayan secara menyeluruh.

 

Oleh itu menurutnya, masyarakat Melayu Kedayan mahu tidak mahu punggur ke hadapan (proaktif) menyahut cabaran tersebut dengan membuat langkah-langkah tindakan untuk mempertahankan kejatian bangsanya.

 

250916 KEDAYAN AZMAH-4

DR. Awang Haji Mahali bin Haji Momin dari Kampung Kupang.

 

Sehubungan itu, tambahnya, PEMEDAYAN di negara ini menganjurkan kegiatan yang berkonsepkan 'Pelancongan Budaya' ini adalah sebagai usaha menghidupkan kembali, mengumpulkan dan mewariskan bahasa juga budaya serta perkara-perkara yang menjadi jati diri masyarakat Melayu Kedayan.

 

Pertemuan Budaya Melayu Kedayan 2016 bertujuan untuk meningkatkan rasa persaudaraan dan kesatuan masyarakat Melayu Kedayan dalam serta luar negara melalui budaya masyarakat itu sendiri.

 

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menghidupkan kembali budaya warisan masyarakat Melayu Kedayan masa dulu agar diketahui dan dihayati oleh waris-waris masyarakat Melayu Kedayan masa kini khususnya dan masyarakat umumnya.

 

Pertemuan itu turut melibatkan perwakilan persatuan Kedayan dari Sipitang, Sabah; Miri, Limbang, Lawas, Sarawak; Wilayah Persekutuan Labuan; Majlis Perundingan Mukim dan Kampung seluruh negara dan PEMEDAYAN Negara Brunei Darussalam.

 

250916 KEDAYAN AZMAH-5

KETUA Rombongan Persatuan Kedayan Lawas, Dayang Hajah Tibut binti Haji Mohamed (berdiri, dua dari kanan).

 

Sementara itu, Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin dari Kampung Kupang ketika ditemui berkata, pertemuan ini adalah satu kegiatan yang sangat menarik dianjurkan.

 

''Sesetengah generasi muda pada masa kini kurang memberi perhatian dan menghayati budaya. Jadi melalui kegiatan seumpama ini, generasi muda akan lebih mengenali asal usul masyarakat Melayu Kedayan. Saya berharap agar puak yang lainnya juga akan sama-sama mengadakan pertemuan seperti ini,'' terangnya.

 

Manakala bagi Ketua Rombongan Persatuan Kedayan Lawas, Dayang Hajah Tibut binti Haji Mohamed berkata, beliau berserta rombongan berasa amat berbesar hati kerana dijemput hadir dalam sama-sama memeriahkan kegiatan ini.

 

''Kami turut mempersembahkan permainan gulintangan dan mempamerkan baju-baju Kedayan dari Lawas. Pertemuan ini dapat mengeratkan silaturahim dan berkumpul bagi mengenali di antara satu sama lain meskipun sama-sama Melayu Kedayan, namun tetap berbeza dari segi pakaian dan sebagainya,'' ujar beliau.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16