FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kampung Putat Jalinkan Ikatan Kekeluargaan Erat


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (duduk depan, tengah) hadir selaku tetamu kehormat pada Sambutan Hari Keluarga Penduduk Kampung Putat Kali Ke-2, 2016 anjuran Majlis MPK Putat. |FOTO : PELITA BRUNEI (Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali, Khartini Hamir)

 


 September 26th, 2016  |  10:56 AM  |   1937 views

KAMPUNG PUTAT

 

Ahad, 25 September. - Majlis Perundingan Kampung (MPK) perlu memberikan perhatian berat pada pendidikan pelajar-pelajar di kampung masing-masing bagi membantu meningkatkan semangat iltizam dan komitmen berterusan para pelajar bagi memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan-peperiksaan awam.

 

MPK juga perlu memberikan perhatian berat pada hal kesejahteraan pelajar-pelajar seperti di Sekolah Rendah Putat menerusi Skim Bantuan Pelajar kepada pelajar-pelajar memerlukan.

 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menegaskan perkara tersebut ketika merasmikan Sambutan Hari Keluarga Penduduk Kampung Putat Kali Ke-2, 2016 anjuran Majlis MPK Putat yang berlangsung di Taman Rekreasi Herba, di sini.

 

MASMALEH HARI KELUARGA 3

 

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong ketika berucap.

 

MASMALEH HARI KELUARGA 5

 

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong merasmikan Sambutan Sambutan Hari Keluarga Penduduk Kampung Putat Kali Ke-2, 2016 anjuran Majlis MPK Putat.

 

''Saya berharap dengan kerjasama erat dan sikap pemedulian MPK dan pihak sekolah akan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, dapat menjalinkan ikatan rakan kongsi yang erat dan menjadi galakan kepada semua anggota masyarakat di kampung ini untuk mencapai kecemerlangan dalam apa jua usaha mereka,'' jelasnya selaku tetamu kehormat majlis.

 

Asas pada pembinaan jati diri dan keyakinan serta percaya pada diri sendiri dengan semangat dan sikap sedemikian akan dapat mencetuskan sikap untuk berusaha dalam meningkatkan kualiti hidup.

 

MASMALEH HARI KELUARGA 2

 

KETUA Kampung Putat, Awang Haji Jumat bin Akim.

 

Tambahnya semangat dan keyakinan inilah yang dapat dilihat menerusi inisiatif Kampung Putat membina dan mengembangkan Taman Rekreasi Herba yang sejak ditubuhkan telah menarik ramai pengunjung sama ada dari dalam mahupun luar negara.

 

''Begitu pun saya juga amat kagum dengan semangat usaha penduduk-penduduk dalam bidang seni kreatif juga menyediakan kuih-muih yang mampu menjadi sumber pendapatan,'' terangnya.

Yang Berhormat juga percaya masih ada ruang untuk meningkatkan lagi produk-produk kampung ini supaya ia dapat dimajukan lagi bagi menembusi pasaran negara dalam dan luar negara ujarnya.

 

MASMALEH HARI KELUARGA 6

ANTARA persembahan yang diadakan.

 

Terdahulu, Ketua Kampung Putat, Awang Haji Jumat bin Akim dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan, Sambutan Hari Keluarga di kampung ini sangat signifikan dan berkesan terutama dalam menjalin hubungan silaturahim dan permuafakatan.

 

Katanya, dengan semangat perpaduan yang tinggi telah dapat menyaksikan penyertaan dari tiga buah kampung yang akan menghidangkan berbagai juadah mengikut selera dan cita rasa masing-masing, selain turut mengadakan gerai-gerai jualan dan mempamerkan produk-produk kampung dan kraf tangan masing-masing yang mempunyai potensi untuk dikembangmajukan.

 

 

Taman Rekreasi Herba Kampung Putat selain dijadikan untuk tempat beriadah, ia juga berperanan sebagai pusat kunjungan lawatan dari dalam dan luar negara dan yang penting ialah tempat MPK, Biro Wanita menghasilkan beberapa produk keluaran kampung masing-masing antaranya Produk Tumpi Rangup Putat, Bahulu Pelangi dan aneka kuih-muih lain secara berkumpulan yang menepati hasrat kerajaan dalam menjana ekonomi penduduk dan seterusnya menyumbang pada ekonomi negara.

 

MASMALEH HARI KELUARGA 7

MENGUTIP GULA-GULA SIAPA BANYAK.....antara salah satu aktiviti bagi kanak-kanak pada Sambutan Hari Keluarga Penduduk Kampung Putat Kali Ke-2, 2016 anjuran Majlis MPK Putat.

 

Persembahan Nyasid daripada Murid Pra hingga Tahun 6 Sekolah Rendah Putat, Persembahan Tausyeh oleh Kumpulan Fathul Hasanah, Nyanyian 'Belaian Jiwa' daripada murid-murid Tahun 5 Sekolah Rendah Putat, Pertunjukan Demo Produk Kampung oleh Biro Wanita MPK Putat, aktiviti kampung dan gerai jualan kraf tangan serta acara berdudun ke pondok-pondok kampung sambil menikmati jamuan semuanya menyerikan lagi majlis.

 

Pada majlis itu juga tetamu kehormat dan isteri, Datin Paduka Dayang Hajah Jahrah binti Haji Mohammad turut menyempurnakan beberapa acara penyampaian hadiah dan sijil penghargaan, antaranya Penyampaian Sijil Penghargaan Penuntut-penuntut yang Mencapai Kecemerlangan dan Terbaik dalam Akademik yang tinggal di Kampung Putat; Anugerah Khas kepada Seorang Pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Penyampaian Cenderahati dan Kenangan kepada Ahli MPK Putat Sesi 2011 - 2016; Penyampaian Sumbangan kepada warga emas yang berumur 80 tahun ke atas dan Penyampaian Skim Miftaahun Najaah 2016 Pelajar Sekolah Rendah Putat.

Pengerusi Jawatankuasa Kampung Pengkalan Batang, Awang Haji Salam bin Haji Ahmad ketika ditemu bual Pelita Brunei menjelaskan tema pondok ialah Usrah Sa'idah Kariah Pengkalan Batang yang membawa maksud 'Tiga Keluarga Rumah Pengkalan Batang'.

 

TINI INTERVIEW 1

SEBAHAGIAN para penduduk Kampung Pengkalan Batang.

 

Pakaian 'tradisi' berjaya menarik perhatian, di mana lelaki mengenakan 'kain palikat' dan wanita mengenakan 'kain sarung di kepala' yang memaparkan kehidupan orang Brunei kitani sejak dulu lagi penuh dengan adab sopan yang luhur dan tinggi terutama dalam hidup bermasyarakat sekampung.

 

Menurut Awang Haji Salam, antara hasil produk makanan keluaran kampung mereka yang sudah terkenal ialah Satay Ayam dan Daging, Pulut Panggang dan Kacang Goreng Bawang.

 

TINI INTERVIEW 2

 

SEBAHAGIAN para penduduk Kampung Baong.

 

Sementara wakil dari Jawatankuasa Kampung Baong, Dayang Nora binti Abdullah menjelaskan tema pondok 'Mesra Ria bersama Keluarga' bagi memperkenalkan beberapa antara hasil produk keluaran kampung termasuk penanaman pokok-pokok herba yang antaranya terdiri dari Pelibas Putih, Pelibas Kuning, Kunyit Hitam, Tongkat Ali, Ambuk Sikubang dan bermacam lagi jenis tanaman herba yang dihasilkan di kampung berkenaan.

 

Dayang Nora juga berkongsi penggunaan tanaman herba seperti Pelibas Kuning atau Putih yang digunakan untuk menawar keracunan makanan dan penyakit uri.

 

TINI INTERVIEW 3

SEBAHAGIAN para penduduk Kampung Putat.

 

Selain itu, penghasilan pelbagai jenis minyak herba seperti Minyak Bidara, Minyak Kunyit Hitam, Minyak Sirih Merah dan pelbagai lagi jenis minyak yang terdiri dari tanaman herba.

 

Manakala, menerusi wakil-wakil Ahli Jawatankuasa dari Kampung Putat, Awang Haji Sahari bin Akim, Awang Shamri bin Haji Matali dan Dayang Hajah Hamsah binti Haji Yahya menjelaskan, tema yang digunakan bagi kampung mereka pada Sambutan Hari Keluarga kali ini ialah 'Keluargaku Harapanku' - tema Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

 

Dayang Hajah Hamsah berkata, sebanyak 42 jenis masakan dihidangkan di pondok Kampung Putat yang rata-ratanya adalah hasil masakan asli penduduk dan ahli jawatankuasa kampung berkenaan.

 

Menyentuh mengenai penglibatan aktiviti penduduk-penduduk di Kampung Putat terutamanya golongan belia, mereka menjelaskan golongan belia dan kanak-kanak bergiat aktif dalam sama-sama terlibat menganjurkan dan mengungkayahkan pelbagai acara atau majlis yang melibatkan aktiviti kemasyarakatan, kenegaraan, keagamaan, kerohanian, sukan, riadah dan sebagainya.

 

''Apa yang ingin kami kekalkan di kampung kami ialah hubungan kekeluargaan yang tulen yang sudah sekian lama terjalin dalam semua peringkat usia, di samping kerjasama gotong-royong, bantu-membantu di antara satu dengan yang lain sudah sememangnya menjadi keutamaan dalam hidup bermasyarakat di Kampung Putat,'' jelas mereka lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54