FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Brunei DPMM FC Berpesta Jaringan Kalahkan GYL


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima junjung ziarah. | FOTO : PELITA BRUNEI (Masri Osman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 September 27th, 2016  |  11:23 AM  |   1082 views

BERAKAS

 

Isnin, 26 September. - Pasukan Brunei DPMM FC berjaya membelasah pasukan tercorot Liga S, Garena Young Lions 5 - 3 yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

 

Berangkat menyaksikan perlawanan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman.

 

260916 DPMM-FC MASRI-4

 

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat menyaksikan perlawanan Liga Singapura di antara Pasukan Brunei DPMM FC dan Pasukan Garena Young Lions.

 

Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim berserta kerabat diraja yang lain.

 

Kemenangan besar pasukan didikan Steve Kean diperolehi menerusi jaringan hatrik Rafael Ramazotti sebelum Brian McLean dan Maududi Kasmi masing-masing berjaya menyumbang satu jaringan pada perlawanan terakhir di gelanggang sendiri Liga S edisi 2016.

 

260916 DPMM-FC MASRI-5

BERANGKAT sama menyaksikan perlawanan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim.

 

Pasukan tuan rumah berjaya mendominasi permainan dengan berpesta jaringan pada babak pertama apabila pemain pertahanan Pasukan Brunei DPMM FC, Brian McLean membuka tirai jaringan pada minit ke-4 hasil umpanan Hendra Azam menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti.

 

Selang empat minit kemudian, pasukan tuan rumah sekali lagi menjaringkan gol untuk menggandakan jaringan melalui tandukan cantik Rafael Ramazotti hasil daripada umpanan Azwan Salleh dari sayap kiri dan selang seminit selepas itu, Rafael Ramazotti dan Brian McLean sekali lagi membuahkan hasil apabila pemain dari negara Brazil tersebut sekali lagi berjaya mengeksploitasi kelemahan pertahanan udara pasukan pelawat dengan menanduk bola ke gawang pasukan lawan berikutan umpanan tepat daripada Brian McLean pada minit ke-9 sementara itu, Maududi Kasmi turut mencipta nama selaku penjaring pada minit ke-29.

 

260916 DPMM-FC MASRI-14

YANG Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim  semasa beraksi  pada perlawanan persembahan bola sepak di antara Pasukan DPMM Junior menentang Pasukan Projek Ikan Pusu 'C'.

 

Bersambung babak kedua, Garena Young Lions bangkit menukar rentak permainan menerusi serangan Shafeeq Faruk yang berjaya membolosi gawang pasukan tuan rumah selepas melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Pasukan Brunei DPMM FC, Mohd. Wardun Haji Mohd. Yussof pada minit ke-46.

 

Pasukan tuan rumah sekali lagi tersentak setelah penyerang utama pelawat, Khairul Amri berjaya mempamerkan permainan yang cantik untuk menjaringkan gol pada minit ke-53, dan seterusnya menjaringkan gol keduanya selang empat minit kemudian untuk merapatkan kedudukan jaringan 4-3.

 

Namun, hasrat pelawat untuk mencuri mata di Stadium Negara Hassanal Bolkiah tidak kesampaian apabila Rafael Ramazotti dikasari di dalam kotak penalti dan pengadil tidak ragu-ragu menghadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan sendiri oleh Rafael Ramazotti pada minit akhir perlawanan.

260916 DPMM-FC MASRI-10

SEBAHAGIAN daripada aksi menarik perlawanan Pasukan Brunei DPMM FC menentang Pasukan Garena Young Lions.

 

Sementara itu, perlawanan persembahan semasa waktu rehat telah menyaksikan Pasukan DPMM Junior menentang Pasukan Projek Ikan Pusu 'C'.

 

Pasukan DPMM Junior bermain dengan baik setelah berjaya menumpaskan Pasukan Projek Ikan Pusu 'C' dengan berkesudahan 3 - 0.

 

Putera Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez bin Pengiran Anak Khairul Khalil bermain cemerlang apabila masing-masing berjaya merembat gawang lawan dengan satu jaringan.

 

Pertemuan seterusnya Pasukan Brunei DPMM FC di gelanggang luar menentang Tampines Rovers FC pada 1 Oktober ini.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin.

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19