FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


KUPU SB Terima Lawatan Rombongan IPT Melaka


PEMANGKU Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar (dua dari kanan) mengalu-alukan rombongan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri Melaka, Malaysia yang membuat lawatan kerja ke KUPU SB. | FOTO: PELITA BRUNEI (Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

 


 April 9th, 2016  |  11:24 AM  |   1978 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumaat, 8 April. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) menerima lawatan kerja daripada rombongan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri Melaka, Malaysia.

 

Rombongan seramai 38 orang tersebut, yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Melaka diketuai oleh Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri Melaka, Yang Berhormat Datuk Wira Haji Md. Yunos bin Haji Husin.

 

Turut sama pada rombongan tersebut ialah Timbalan Exco, Yang Berhormat Datuk Haji Md. Rawi bin Mahmud.

 

Mengalu-alukan ketibaan rombongan di KUPU SB ialah Pemangku Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar dan Penolong Ra'es, Dr. Abang Haji Hadzmin bin Abang Haji Taha.

 

Semasa lawatan tersebut, rombongan telah mendengarkan taklimat pengenalan mengenai KUPU SB yang disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pendaftar (Akademik), KUPU SB, Ustaz Adi Rani Soffian bin Abdul Rahman dan seterusnya sesi perbincangan kedua-dua belah pihak.

 

080416 HJMAS4 EXCO

ROMBONGAN Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri Melaka, Malaysia semasa mendengarkan taklimat pengenalan mengenai KUPU SB.

 

Antara objektif lawatan ialah bagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara KUPU SB dengan pihak Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri Melaka selain mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan program-program yang ditawarkan di KUPU SB.

 

Pada masa yang sama, lawatan kerja tersebut juga bagi melihat peluang kerjasama dalam bidang pendidikan agama Islam di antara KUPU SB dengan Institusi Pengajian Tinggi di Melaka.

 

KUPU SB ditubuhkan pada awal Tahun Baru Hijrah 1428 bersamaan dengan 20 Januari 2007, iaitu berikutan pengisytiharan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah baginda sempena Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1428 dan kemudiannya dinaik taraf kepada peringkat Kolej Universiti daripada peringkat Maktab Perguruan Ugama.

 

Ketika ini, KUPU SB mempunyai tiga buah fakulti dan enam buah pusat iaitu Fakulti Usuluddin, Fakulti Syariah, Fakulti Pendidikan, Pusat Ilmu Teras, Pusat Bahasa, Pusat Pengajian Lepas Ijazah dan Penyelidikan, Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama'ah, Pusat Multimedia & Teknologi dan Pusat Penerbitan.

 

KUPU SB akan sentiasa memantapkan program latihan perguruannya, menggiatkan kajian dan penyelidikan serta penerbitan dan menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi yang lain untuk pembangunan program, penyelidikan, pengurusan dan sumber tenaga manusia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39