FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perkhidmatan Berkualiti, Konsisten, Selamat


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan mengurniakan titah pada lawatan tersebut. |FOTO : PELITA BRUNEI (Mohamad Azmi Awang Damit, Hamzah Mohidin, Azmah Haji Ahad)

 


 September 28th, 2016  |  11:20 AM  |   1476 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 27 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menegaskan mengenai peranan serta tanggungjawab Kementerian Kesihatan kepada rakyat atau orang ramai yang memerlukan rawatan.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan mengenai tema strategik Kementerian Kesihatan yang menyebut tentang perkhidmatan mesra pelanggan bagi memastikan pesakit, warga dan masyarakat diberikan penjagaan dan pemeduliaan yang sempurna lagi meyakinkan serta perkhidmatan yang berkualiti, konsisten dan selamat.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah demikian semasa keberangkatan lawatan baginda di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

 

Kebawah DYMM bertitah bahawa perkhidmatan mesra pelanggan tersebut mestilah dilaksanakan dan dijadikan kenyataan yang benar-benar dapat dinikmati oleh orang ramai.

Kebawah DYMM bertitah menerangkan mengenai maksud mesra yang antara lain bermaksud ramah, telus, tidak camah mata, mengambil berat, baik hati, bagus kelakuan, lemah lembut, tidak kasar, halus tutur kata, bertimbang rasa dan cepat bertindak, yang mana sifat tersebut perlu ada untuk dimiliki oleh Kementerian Kesihatan khasnya oleh Bahagian Rumah Sakit.

 

''Kalau ada orang yang dikejarkan ke unit 'emergency', tetapi dibiarkan sampai berjam, menunggu doktor yang belum muncul-muncul, itu bukan mesra pelanggan.''

 

''Apa makna 'emergency'? Cuba fahamkan baik-baik apa maksud 'emergency'. Sepatutnya di bahagian 'emergency' tidak boleh berbangkit perkara menunggu doktor lama-lama.''

 

''Begitu juga kalau pesakit dimasukkan ke dalam wad, tetapi terpaksa tidur semalam dua, baharu akan diperiksa oleh doktor. Apakah ini boleh dianggap mesra pelanggan juga?'' titah baginda.

 

Kebawah DYMM juga mengingatkan para pentadbir dan para doktor bagi mengelakkan sikap berlebih kurang atau tidak endah terhadap pesakit dan melayan mereka dengan sebaik mungkin dengan menjaga perasaan dan emosi mereka, kerana ada penyakit yang turut berpunca dari perasaan atau emosi termasuk naiknya tekanan darah dan masalah jantung.

 

Selain itu, baginda turut membangkitkan mengenai pegawai perubatan yang mudah menjanjikan harapan sangat tinggi sehingga 80 atau 90 peratus.

 

''Pihak pesakit atau keluarga pesakit yang mendengar jaminan ini tidak lagi berfikir panjang melainkan terus sahaja bersetuju untuk dibedah, tetapi setelah pembedahan selesai dijalankan, perkembangan adalah tidak menggalakkan, malah mengecewakan kerana pesakit terus sahaja tidak sedarkan diri sehingga menemui ajal tanpa sempat sedar,'' titah baginda.

 

Baginda bertitah menegaskan supaya pegawai perubatan berkenaan perlulah diberikan peringatan yang tegas, kerana tidak sesiapa pun yang harus menjanjikan harapan melebihi dari usahanya kerana usaha atau ikhtiar kita hanyalah merawat, bukan menjanjikan kesembuhan mutlak, kerana penyembuh itu hanyalah Allah jua.

 

Dalam pada itu, baginda bertitah, pengurusan dan pembahagian ubat-ubatan perlulah ditadbir dengan cermat serta mengelakkan penyelewengan dan pembaziran kerana jika berlaku penyelewangan, ubat-ubatan boleh sahaja cepat susut atau kehabisan.

 

Baginda juga menyentuh mengenai Virus Zika melanda beberapa negara termasuk negara jiran.

 

''Beta perhatikan, tidak terdapat peringatan tegas dan tindakan berkesan diambil dalam menghadapi situasi kita dari awal-awal lagi, cuma setakat mengingatkan orang ramai supaya tidak perlu cemas sedang mangsa Zika itu terus meningkat di beberapa destinasi yang berhampiran dengan kita,'' titah baginda.

Baginda mempersoalkan pihak-pihak berkenaan tentang tindakan yang telah diambil mengenainya bagi memastikan kerjasama daripada orang ramai dalam menjaga kebersihan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16