Home > Sports
MS ABDB Juara Piala Futsal Brunei 2022
August 6th, 2022 | 10:22 AM | 900 views
BANDAR SERI BEGAWAN
MS ABDB berjaya menjuarai 'Battle of the Champions' pada Piala Futsal Brunei 2022 dengan agregat 7 - 4.
Semasa perlawanan timbal balik kedua, MS ABDB menewaskan Almerez FA dengan jaringan 4 - 2 pada perlawanan yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertahanan, di sini.
Gol-gol bagi perlawanan akhir timbal balik kedua MS ABDB berjaya dijaringkan pada minit ke-6 oleh Muhammad Abdul Zulfadli Abdullah; Muhammad Izzan Zamain pada minit ke-13 dan dua gol lagi dihasilkan oleh Muhammad Khairul Saifuddin Haji Zulkifli pada minit ke-17 dan ke-24.
Sementara itu, Syazwan Haji Hassan menghadiahkan jaringan gol bagi Almerez FA pada minit ke-24 dan Mohammad Radhi Raduan pada minit ke-32.
Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang, Presiden Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan.
Juara menerima hadiah wang tunai BND 2,000, piala pusingan, piala iringan dan pingat. Manakala naib juara menerima hadiah wang tunai BND1,500, piala iringan dan pingat.
Pada kejohanan tersebut, tetamu kehormat juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat ketiga dan keempat, iaitu Kasuka FC & Ar Rawda dan Kota Ranger.
Tempat ketiga dan keempat masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai BND500, piala iringan dan pingat.
Seterusnya, tetamu kehormat juga menyampaikan piala bagi Anugerah Pasukan Fairplay Kejohanan kepada Kasuka FC & Ar Rawda; Ketua Jurulatih Terbaik Kejohanan kepada Sjn. (U) Abdul Hafiz Haji Untong dari MS ABDB; Penjaga Gol Terbaik Kejohanan, LKPL. Abu Yazid Awang Haji Abu Samah dari MS ABDB; Penjaring Terbanyak Kejohanan kepada Md. Nasyrul Wafiy bin Haji Hassan dari Almerez FA; dan Pemain Terbaik Kejohanan kepada LSM. Awangku Md. Jumatatul Aleshahrezan bin Pengiran Metali dari MS ABDB.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]