Home > Bahasa Melayu
Majlis Bertahlil Sempena Ulang Tahun Penubuhan TAIB Ke-25
MAJLIS Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen dihadiri oleh Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud dan Timbalan Menteri (Keselamatan dan Media) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar. |FOTO: PELITA BRUNEI (Haji Ariffin Mohd. Noor )
September 29th, 2016 | 11:32 AM | 1115 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Rabu, 28 September. - Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) berserta anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Sdn. Bhd. (IITSB) dan Darussalam Holdings Sdn. Bhd. (DHSB) mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, di sini.
Antara yang hadir ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah TAIB.
Juga hadir ialah Pemangku Pengarah Urusan, Awang Haji Rosdi Amin bin Dato Paduka Haji Ya'akub serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah TAIB, pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB, IITSB dan DHSB.
Bacaan Tahlil dan doa telah dikepalai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Muhd. Azrol Alim bin Haji Zaini.
Majlis yang diungkayahkan ini merupakan salah satu acara sempena Sambutan Ulang Tahun Penubuhan TAIB Ke-25 Tahun.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Aimi Sani
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]