Home > Headline
Berkenan Hantar Perutusan Salam Muhibah
September 11th, 2022 | 11:40 AM | 539 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan salam muhibah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda King Charles III, King of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland berikutan dengan pengisytiharannya sebagai The King of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland yang baharu.
Dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengimbas kembali kenangan-kenangan manis bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda King Charles III semasa perjumpaan-perjumpaan yang lalu, khususnya perjumpaan di Rwanda pada bulan Jun lepas dan juga semasa lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom pada bulan Disember 2018.
Bagi mengakhiri titah perutusan berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyampaikan salam muhibah dan ucapan tulus ikhlas kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda King Charles III dalam memulakan peranan baharunya sebagai Ketua Negara dan seterusnya dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, keamanan dan kesejahteraan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda King Charles III, Her Majesty The Queen Consort serta seluruh ahli kerabat diraja dan rakyat United Kingdom.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]