FacebookInstagramTwitterContact

 

Donation Presentation to Intending Haj Pilgrims           >>           Ground-breaking Ceremony           >>           16th IFSB Summit 2024           >>           16th Islamic Financial Service Board Summit 2024           >>           Islamic Financial Services Board Summit 2024           >>           Gleneagles JPMC Hari Raya Aidilfitri Open House           >>           18th DSA and 3rd NATSEC Asia           >>           The Morning After: Apple's new iPad Pro is thinner than an old iPod nano           >>           US revokes Intel and Qualcomm's licenses for chip sales to Huawei           >>           Meta is testing cross-posting from Instagram to Threads           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Sejumlah BND135,819 Disumbangkan Kepada Pusat Ehsan


 


 October 19th, 2022  |  09:57 AM  |   469 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sejumlah BND135,819 hasil daripada kutipan Kejohanan Polo Amal 2022 disumbangkan kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan).

 

Majlis penyampaian sumbangan berkenaan berlangsung di Istana Nurul Izzah.

 

Berkenan berangkat bagi menyempurnakan penyerahan sumbangan berkenaan ialah paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah.

 

Berangkat sama, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Turut hadir, Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin; Pengarah Urusan Cityneon Brunei, Dato Jack Ting; dan perwakilan Cityneon Displays & Construction Sdn. Bhd., Jenny Lo.

 

Pada majlis berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah mula-mula berkenan menerima 'mock cheque' berjumlah BND135,819 daripada Dato Jack Ting dan kemudian menyerahkannya kepada Pengiran Datin Hajah Noraini bagi pihak Pusat Ehsan

 

Sumbangan berkenaan adalah hasil daripada Kejohanan Polo Amal 2022, yang dianjurkan oleh Pasukan Polo Brunei dengan kerjasama Persatuan Polo Diraja Brunei dan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, yang diadakan pada 10 Julai lalu, di Royal Brunei Polo and Riding Club.

 

Kejohanan berkenaan dihasratkan untuk membantu mengumpul dana bagi kos operasi Pusat Ehsan, iaitu sebuah pertubuhan kebajikan amal bukan kerajaan dan bukan berasaskan keuntungan, yang sentiasa berusaha dalam menyediakan pendidikan berkualiti, termasuk perkhidmatan penjagaan juga pemulihan bagi individu yang berkeperluan khas, di Negara Brunei Darussalam.

 

Kejohanan yang dianjurkan sejak tahun 2016 berkenaan telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai setiap kali ia dianjurkan dan melalui acara seumpama berkenaan, ia juga bertujuan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menyokong hak juga keperluan orang-orang berkeperluan khas di negara ini.

 

Pusat Ehsan komited untuk meningkatkan kualiti kehidupan orang-orang berkeperluan khas di negara ini, terutamanya kepada kanak-kanak istimewa di bawah jagaan pusat berkenaan.

 

Organisasi berkenaan adalah untuk membimbing orang-orang muda, melatih dan mendidik mereka ke arah pembelajaran, kebebasan juga saling berdikari, dengan hasil pembangunan mental dan fizikal juga membantu mereka untuk menyesuaikan diri dalam kalangan keluarga mereka dan masyarakat sosial.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

Passport E-Gates Back Online After Outage Causes Delays At UK Airports

 2024-05-09 00:32:10