Home > Headline
Berkenan Menerima Mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Australia
November 1st, 2022 | 09:15 AM | 528 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Australia, Senator the Honourable Penny Wong, hari ini, yang mengadakan lawatan ke negara ini selama dua hari.
Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Senator the Honourable Menteri Hal Ehwal Luar Australia telah berbincang mengenai pengukuhan kerjasama dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Australia.
Menyertai bersama Senator the Honourable Menteri Hal Ehwal Luar Australia pada Majlis Mengadap yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Luke Arnold.
Hubungan rapat Negara Brunei Darussalam dan Australia telah lama terjalin sejak bulan Mei 1984, di mana kedua-dua buah negara bekerjasama secara meluas dalam bidang perdagangan dan pelaburan, tenaga, akuakultur dan pertanian serta pertahanan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]