FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Istiadat Perkahwinan Diraja


 


 November 4th, 2022  |  09:59 AM  |   589 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara memaklumkan bahawa insyaaAllah dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Istiadat Perkahwinan Diraja bagi paduka anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Majlis-majlis bagi Istiadat Perkahwinan Diraja ini akan dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja yang akan diadakan pada Ahad, 15 Jamadilakhir 1444 bersamaan 8 Januari 2023, diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga dan Majlis Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-Jaga, yang akan diadakan pada Isnin, 16 Jamadilakhir 1444 bersamaan 9 Januari 2023.

 

Sementara itu, Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja juga Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja akan diadakan pada Selasa, 17 Jamadilakhir 1444 bersamaan 10 Januari 2023.

 

Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja akan diadakan pada Rabu, malam Khamis, 19 Jamadilakhir 1444 bersamaan 11 Januari 2023.

 

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja akan diadakan pada Khamis, 19 Jamadilakhir 1444 bersamaan 12 Januari 2023.

 

Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan diadakan pada Ahad, 22 Jamadilakhir 1444 bersamaan 15 Januari 2023.

 

Majlis Persantapan Diraja akan diadakan pada Isnin, malam Selasa, 24 Jamadilakhir 1444 bersamaan 16 Januari 2023 manakala Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga akan diadakan pada Selasa, 24 Jamadilakhir 1444 bersamaan 17 Januari 2023.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07