Home > Headline
Berangkat Hadiri Majlis Santap Malam Gala
November 18th, 2022 | 12:55 PM | 316 views
BANGKOK
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Malam Gala Ketua-ketua Ekonomi APEC yang dihoskan oleh Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Prayut Chan-O-Cha, selaku Pengerusi Mesyuarat Ketua-ketua Ekonomi APEC 2022.
Majlis berkenaan diadakan di Royal Thai Navy Hall, Bangkok, Thailand.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Keberangkatan tiba Kebawah DYMM dialu-alukan oleh Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Thailand dan isteri.
Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah DYMM menyertai Tuan Yang Terutama dan Ketua-ketua Ekonomi APEC yang lain bagi sesi bergambar ramai sebelum menghadiri Majlis Santap Malam Gala.
Majlis Santap Malam Gala dimulakan dengan ucapan daripada TYT Perdana Menteri Thailand bagi mengalu-alukan kehadiran para Ketua-ketua Ekonomi APEC dan delegasi yang menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Ekonomi APEC 2022.
Majlis berkenaan telah diserikan dengan beberapa persembahan kebudayaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]