FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelajar Diseru Buka Minda


PEMANGKU Ketua Unit Pendidikan Khas, Pengiran Sarimah binti Pengiran Haji Ahmad semasa menyampaikan ucapan. | FOTO: PELITA BRUNEI (Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd Ali)

 


 April 10th, 2016  |  10:17 AM  |   3527 views

BANDAR SERI BEGAWAN,

 

Sabtu, 9 April. – Seramai 24 pelajar dari Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna (SMPAPHM) yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Brunei Cambridge G.C.E 'O' level dan IGCSE sesi Oktober/November 2015 yang lalu telah diraikan dalam satu majlis penyampaian hadiah.

 

Penyampaian sijil dan hadiah pada majlis yang berlangsung di Dewan Kuliah 4, SMPAPHM, Kampung Sungai Akar itu disempurnakan oleh Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Pengiran Sarimah binti Pengiran Haji Ahmad selaku tetamu kehormat majlis.

 

Dalam ucapannya, merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mencipata satu lagi sejarah kecemerlangan akademik sekolah tersebut yang mana beliau difahamkan, sekolah berkenaan telah dapat mempertahankan imejnya sebagai salah sebuah yang cemerlang akademik 'Top 5' senegara semenjak penubuhannya 26 tahun yang lalu.

 

100416 AMIRUL6 PAPMASNA

TETAMU kehormat ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang penerima.

 

Selain itu, beliau menjelaskan, SMPAPHM telah mencatatkan peningkatan pencapaian dari 54.2 persatus pada tahun 2014 ke 55.3 peratus pada tahun 2015 iaitu peningkatan sebanyak 1.1 peratus.

 

"Sesungguhnya, kejayaan yang dicapai dalam pendidikan bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi, tetapi ia diperolehi dengan usaha yang jitu, komitmen yang padu dan pengorbanan yang tinggi, disamping sokongan dan dorongan ibu bapa serta bimbingan guru-guru," katanya.

 

Di samping berusaha mecapai kecemerlangan akademik, beliau menambah, pelajar-pelajar hendaklah jangan melupakan aspek kerohanian dan jangan mengenepikan aspek kemanusiaan kerana kedua-duanya adalah sangat penting dalam menstabilkan kehidupan yang sempurna di dunia mahu pun di akhirat.

 

100416 AMIRUL4 PAPMASNA

SALAH seorang penerima hadiah Pelajar Terbaik BC GCE 'O'/IGCSE OCT menerima hadiah dari tetamu kehormat.

 

Menurut beliau, pelajar-pelajar hendaklah membuka minda yang positif secara berterusan dan mengemaskinikan pengetahuan yang sedia ada di samping mengekalkan akhlak dan budi pekerti yang mulia, berhemah tinggi dan disegani.

 

"Tidak kurang pentingnya juga tenaga pengajar dan ibu bapa sebagai pemandu yang akan membawa aset negara kita iaitu pelajar-pelajar ke arah yang berwawasan dan bijaksana dalam membina jati diri dan sahsiah diri pelajar," ujar beliau.

 

Di majlis tersebut, Dayang Nurul Syafiqah binti Abdul Rahim telah menerima Anugerah Khas Pelajar Cemerlang manakala Anugerah Khas Pelajar Beriltizam diterima oleh Dayang Miza Syahmeena binti Mohammad, Dayang Farhaheffah binti Awang Anuar dan Dayang Siti Nor Hadirah binti Haji Abdul Latif.

 

Juga hadir di majlis penyampaian hadiah berkenaan ialah Pengetua SMPAPHM, Dayang Hajah Norwen binti Haji Brahim selaku pengerusi majlis, Mantan Pengetua SMPAPHM, Dayang Hajah Lena binti Haji Hassan, Ketua Kampung Sungai Akar, Ketua Kampung Kawasan 3 Perumahan Negara Lambak Kanan, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan, guru-guru SMPAPHM dan para ibu bapa serta penjaga pelajar-pelajar yang diraikan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19