FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jabatan Daerah Tutong Bincang Program Destinasi Tutong


PEMANGKU Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam hadir mempengerusikan sesi muzakarah tersebut.

 


 April 10th, 2016  |  10:27 AM  |   3882 views

TUTONG

 

Sabtu, 9 April. - Jabatan Daerah Tutong terus berusaha memantapkan destinasi pelancongan di daerah itu yang melibatkan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) di daerah berkenaan.

 

Bagi memantapkan lagi pengurusan dan pelaksanaan Projek Satu Kampung Satu Produk (1K1P) Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) Daerah Tutong, Jabatan Daerah Tutong melalui Bahagian Korporat yang sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong telah mengadakan muzakarah bersama para penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan ketua rumah panjang yang diadakan di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong, petang tadi.

 

Ia dipengerusikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam.

 

100416 SYIAR MUZAKARAH 3

ANTARA para pegawai kanan kerajaan daripada KHEDN dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Ahli Lembaga Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong yang hadir.

 

Juga hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Haji Mohd Taha bin Abdul Rauf, selaku Penghulu Mukim Keriam, para pegawai kanan kerajaan daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Ahli Lembaga Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong.

 

Turut dibincangkan ialah Perancangan dan Pelan-pelan Strategik Program Destinasi Tutong serta peranan dan kerjasama dari pihak-pihak yang berkenaan seperti Bahagian Kuasa-Kuasa Tempatan dan Perpaduan Masyarakat (Daerah) KHEDN, Bahagian Korporat Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Kemajuan Pelancongan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong (BPPPDT).

 

100416 SYIAR MUZAKARAH 4

ANTARA para penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan ketua rumah panjang di Daerah Tutong yang hadir di perjumpaan berkenaan.

 

Para penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan ketua rumah panjang juga berkesempatan menyaksikan Pameran Galeri 1K1P Daerah Tutong dan Pameran Pakej Destinasi Tutong yang dianjurkan bersama oleh Bahagian Korporat Jabatan Daerah Tutong dan Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong.

 

Melalui pameran tersebut, para penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan ketua rumah panjang dapat mengetahui secara lebih dekat lagi produk-produk kampung yang diusahakan oleh Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Tutong dan pakej-pakej lawatan dan perkhidmatan Destinasi Tutong yang menarik termasuklah pakej terbaru Destinasi Tutong iaitu Pakej Walimatul Urus Destinasi Tutong.

 

Muzakarah itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pihak Jabatan Daerah Tutong dan agensi-agensi kerajaan yang lain dengan para pemimpin akar umbi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17