FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Shows Aromatherapy With Rose Essential Oil Can Help Relieve Stress Naturally           >>           Cucumbers Recalled From 14 States Over Salmonella Scare           >>           Study: Vegan FAKE MEAT Products Linked To Cardiovascular Issues           >>           Brittany Mahomes Shares How Chiefs Kingdom Hits Different With Taylor Swift           >>           Summer House's Kyle Cooke And Amanda Batula Shut Down Breakup Rumors In The Sweetest Way           >>           Radiation Will Be A Real Challenge For Mars Colonists, Powerful Solar Storm Shows           >>           Yahoo News Gets An AI-Powered Overhaul           >>           Playstation Plus June Offerings Include Monster Hunter Rise And Three Lego Games           >>           'Only Elegant Women Allowed': S Korea Gym Draws Flak For Sign           >>           Runaway Employee           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perjumpaan Muhibbah Mencetus Percambahan Minda, Buah Fikiran


 


 February 1st, 2023  |  11:50 AM  |   319 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Perjumpaan Muhibbah Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) merupakan forum tahunan, dan sebagai inisiatif mempertingkatkan pengetahuan Yang Berhormat Ahli-ahli MMN tentang perkembangan, pencapaian dan hasil yang telah dilaksanakan oleh KHEU sepanjang tahun, di samping mendapatkan gambaran jelas tentang cabaran-cabaran yang dihadapi kementerian berkenaan dalam menanganinya.

 

Antara objektif utama Perjumpaan Muhibbah tersebut adalah sebagai wadah untuk percambahan minda serta bertukar-tukar buah fikiran, dan mempertingkatkan kesedaran awam untuk sama-sama menanai cabaran perkhidmatan ugama di Negara Brunei Darussalam melalui Whole of Nation Approach.

 

Ia juga berperanan sebagai forum perbincangan untuk berkongsi maklumat dan perkembangan terkini mengenai inisiatif (aktiviti atau program) yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh KHEU serta berkongsi mengenai perkembangan, pencapaian dan hasil yang telah dilaksanakan oleh kementerian tersebut, termasuk pelan pemulihan pasca COVID-19, selain menjalin dan membangun ukhuwah yang lebih erat antara KHEU dengan Ahli-ahli MMN.

 

Sehubungan itu, Perjumpaan Muhibbah KHEU bersama Ahli-ahli MMN diadakan bertempat di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan KHEU, pagi tadi.

 

Mengalu-alukan kehadiran Ahli-ahli MMN ke Perjumpaan Muhibbah tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan Doa oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

 

Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Menteri Hal Ehwal Ugama dan diikuti dengan ucap balas daripada Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin selaku Ketua Rombongan Ahli-ahli MMN.

 

Dalam ucap balas tersebut, Yang Berhormat antara lain menyatakan, kunjungan rombongan pada pagi itu adalah untuk berkongsi maklumat dan menyuarakan apa jua pandangan yang berkaitan dengan kementerian berkenaan.

 

Semoga dengan perjumpaan tersebut katanya, ia akan memberi impak yang baik dalam memeduli apa jua permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat yang berurusan dengan kementerian berkenaan sekali gus mendapat maklumat penting yang dapat disampaikan kepada masyarakat khususnya penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung.

 

Seterusnya taklimat mengenai KHEU disampaikan oleh Setiausaha Tetap, KHEU, Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim.

 

Perjumpaan Muhibbah diteruskan lagi dengan sesi dialog yang memfokuskan pada tiga bidang strategik dengan mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut iaitu meningkatkan kutipan zakat; memperluaskan dan mengemas kini dasar guna sama bangunan serta kemudahan sekolah rendah dan menengah bagi persekolahan ugama; dan memperkasa kualiti para Da'ie di Negara Brunei Darussalam.

 

Pada sebelah petang pula, sesi perjumpaan diteruskan dengan lawatan Ahli-ahli MMN ke Jabatan Hal Ehwal Syariah di ibu negara.

 

Perjumpaan Muhibbah seperti ini diharap akan dapat memberi masukan dan inspirasi yang bermanfaat dan berfaedah kepada KHEU dan Ahli-ahli MMN, terutama mengenai Rancangan Strategik KHEU yang telah, sedang dan akan dilaksanakan bagi mencapai visi kementerian berkenaan secara berstruktur dan berhemah.

 

Turut hadir, Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Awang Haji Adanan bin Haji Basar; Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang; serta Ketua-ketua Jabatan dan Bahagian di bawah KHEU.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Only Elegant Women Allowed': S Korea Gym Draws Flak For Sign

 2024-06-14 10:15:39

Musk Says Tesla Investors Backing Pay Deal

 2024-06-14 01:47:19