FacebookInstagramTwitterContact

 

Opening of Museums Collection Management Programme           >>           Photo Session           >>           National Musabaqah Al-Qur'an Reading for Adults           >>           Safeguarding the Sanctity of Al-Qur'an           >>           Messages of Condolences           >>           Departure           >>           Bilateral Meeting with the Prime Minister           >>           State Luncheon           >>           Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight           >>           Bilateral Meeting with the President           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BMEN-Shell LiveWIRE Brunei anjur AMEN untuk NBD


 


 February 4th, 2023  |  08:45 AM  |   181 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rangkaian Mentor untuk Usahawan Brunei (BMEN) dengan kerjasama Shell LiveWIRE Brunei melancarkan Fasa 2, Program ASEAN Mentorship For Entrepreneur Network (AMEN) untuk Negara Brunei Darussalam (NBD) pada 13 Januari lalu bertempat di iCentre, Anggerek Desa.

 

Program AMEN merupakan inisiatif utama Majlis Penasihat Perniagaan Asean (ASEAN-Business Advisory Council-ABAC) Filipina yang dilancarkan semasa Filipina menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2017.

 

Program bagi seluruh rantau berkenaan bertujuan memperkasa perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di seluruh ASEAN untuk menjalankan operasi mampan, menyediakan pekerjaan dan mendorong kemajuan ekonomi.

 

Dalam fasa pertama pelaksanaan pada tahun 2019, sebanyak 10 modul pelbagai program bimbingan perniagaan dilaksanakan dengan jayanya di Malaysia, Indonesia dan Filipina.

 

Ia kini dilaksanakan di seluruh negara anggota lain, termasuk NBD.

 

Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Sokongan, Darussalam Enterprise (DARe), Dayang Norlela Suhailee, dalam ucapan alu-aluannya kepada para peserta bahawa nilai unik program AMEN ialah ia benar-benar diterajui oleh mentor.

 

Setiap satu daripada 10 modul pembelajaran berkenaan tambahnya dibangunkan dan disampaikan oleh usahawan, karyawan dan ahli akademik di NBD yang menpunyai pengalaman berharga selama bertahun-tahun dalam menjalankan perniagaan atau menguruskan aspek yang berbeza.

 

Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan, Pengurus Program di Shell LiveWIRE Brunei, Qawiem Yacob; dan Konsultasi Kebangsaan bagi Program AMEN (Brunei), Dr. Sophiana Chua.

 

Program AMEN Brunei chapter akan berlangsung dari bulan Januari hingga Mei 2023 dan sebagai tambahan kepada 10 modul pembelajaran, para peserta juga akan menjalani sesi kejurulatihan '1-to-1' untuk membangunkan pelan peningkatan perniagaan, sebelum bergerak kepada panel yang akan memberikan mereka maklum balas, nasihat dan akses kepada pelbagai sumber yang boleh menyokong dan meningkatkan perniagaan mereka.

 

Program berkenaan akan diakhiri dengan Majlis Graduasi bagi 30 orang peserta program.

 

10 modul berkenaan akan merangkumi tajuk-tajuk seperti Penetapan Minda Keusahawanan dan Pembentukan Nilai; Model Perniagaan Kanvas; Pemikiran Pemasaran; Pengurusan Operasi; Pendigitalan; Rantaian Bekalan dan Nilai; Perakaunan Perusahaan dan Pengurusan Kewangan; Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi; Inovasi yang didorong oleh pasaran; dan Tadbir Urus Yang Baik dan Etika.

 

BMEN yang dilancarkan pada bulan Mac 2019 dilaksanakan oleh DARe dengan kerjasama Majlis Penasihat Perniagaan, Brunei (ASEAN-BAC Brunei) dan terletak di bawah rangkaian mentor ASEAN bagi usahawan (AMEN) yang lebih luas.

 

Selain itu, ia adalah platform mentor secara percuma, untuk PMKS dan boleh diakses melalui kedua-dua platform  dalam talian dan pelbagai acara mentor secara peribadi.

 

Mentor tempatan yang merupakan sebahagian daripada BMEN menawarkan pelbagai kepakaran berkaitan perniagaan termasuk inovasi, pemasaran, kewangan, strategi, pengauditan, pengurusan projek dan sumber manusia.

 

Sejak penubuhannya, ia mencatatkan lebih daripada 1,000 penglibatan mentor dan kini mempunyai seramai 83 mentor dan 228 'mentee'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04