Home > Bahasa Melayu
10 Peserta Bengkel Terima Sijil Bengkel Asas Juruacara Majlis
February 6th, 2023 | 08:42 AM | 156 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bengkel Asas Juruacara Majlis anjuran Persatuan Pengakap Daerah Brunei Muara, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah berakhir dengan penyampaian sijil penyertaan kepada 10 peserta terdiri daripada Ahli-ahli Pengakap Kelana, Pemimpin Pengakap dan Pesuruhjaya Ibu Pejabat.
Bengkel yang diadakan selama dua hari itu diharapkan dapat melahirkan lebih ramai juruacara yang berkemahiran dalam penulisan skrip dan penyampaian yang baik.
Di samping itu, bengkel tersebut juga diadakan adalah untuk menampung permintaan juruacara bagi mengacarakan aktiviti dan kegiatan bersempena karnival 90 tahun berpengakap pada tahun ini.
Penyampaian sijil penyertaan disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya PPNBD, Awang Haji Badar bin Haji Awang Ali, dan turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Brunei Muara, Samsudin bin Haji Ahmad.
Bengkel berkenaan difasilitatorkan oleh Ahli Pengakap Dewasa Persatuan Pengakap Daerah Brunei Muara, Awang Haji Mohamad Paizzal bin Haji Piluk.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]