FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Almerez FC Anjurkan Majlis Penghargaan Bersama Penaja


 


 February 6th, 2023  |  08:48 AM  |   289 views

BERAKAS

 

Pasukan Almerez FC malam tadi mengadakan Majlis Penghargaan Almerez FC Bersama Penaja-penaja bagi Musim 2023 yang berlangsung di Lecture Hall, FABD House, Berakas, di sini.

 

Atur cara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Awang Haji Md. Abdul Azim bin Haji Zakeria, diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pengurus Pasukan Almerez FC, Pengiran Haji Kamarunsalehin bin Pengiran Haji Kamis.

 

Pengurus Pasukan Almerez FC semasa ucapannya menjelaskan penubuhan kelab pada tahun 2018 tersebut bermula dengan tertubuhnya akademi futsal yang bertujuan untuk membina pemain muda yang berkecimpung di dalam permainan moden futsal.

 

"Di dalam masa yang sama, pihak kami mendapati bahawa para graduan akademi bukan sahaja membina diri mereka untuk permainan futsal, bahkan mereka juga dapat menggunakan ilmu mereka di dalam bola sepak padang. Sehingga kini, sudah ramai graduan akademi Almerez FC yang berjaya dan bertanding di dalam Brunei Super League dan Singapore Premier League

 

“Di dalam apa saja bidang yang diceburi, perkara paling asas adalah ilmu, pihak kelab ini telah melaburkan banyak kepada pendidikan, pembangunan dan kekuatan unit kejurulatihan terlebih dahulu, dan Alhamdulillah pada masa ini, unit kejurulatihan sudah terdiri daripada beberapa ahli yang berlesen daripada FIFA dan AFC. Jurulatih-jurulatih kelab ini juga bergiat aktif bagi mendalami lagi futsal moden, di mana pihak kelab kerap kali berhubung dan belajar dari jurulatih-jurulatih di peringkat ASEAN dan juga antarabangsa," ujarnya.

 

Semasa menjelaskan mengenai pencapaian Almerez FC, beliau menjelaskan Almerez FC berjaya menjadi organisasi futsal yang pertama secara rasminya menjadi ahli gabungan FABD pada tahun 2020.

 

Pada tahun 2020 itu juga, Almerez FC menjadi kelab futsal Negara Brunei Darussalam pertama yang telah membentuk pemain profesional, iaitu Muhammad Radhi bin Raduan yang dipindahkan ke Sarawak United FC bagi menyertai Malaysia Premier Futsal League pada musim 2020, ujarnya.

 

Pada tahun ini pula, Pengiran Haji Kamarunsalehin seterusnya menerangkan bahawa Almerez FC sekali lagi membentuk seorang pemain profesional iaitu Muhammad Nasyrul Wafiy bin Haji Hassan yang menyertai pasukan Kuala Lumpur City FC bagi berentap di Malaysia Premier Futsal League Musim 2023.

 

Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan penampilan Jersi Rasmi Skuad Fustal Pasukan Almerez FC bagi Tahun 2023, diikuti dengan penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada para penaja, iaitu One For All Futsal; MindQuest Tuition; dan Belait Shipping Company Sdn. Bhd.; serta Sparks Co Sendirian Berhad selaku Penaja Utama Almerez FC bagi Musim 2023.

 

Turut berangkat, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07